MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Friday, February 27, 2009

Zionis takkan KALAH..!!


Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi atau sengaja melakukan provokasi untuk menarik peminat. Tetapi apa yang ingin saya utarakan ini adalah bertunjangkan kebenaran al-Quran. Ya, kini Islam dihina, ditindas, dianiaya dan seumpamanya. Bilakah noktahnya?

Zionis takkan kalah! Satu ungkapan gila dan bacul. Tapi itulah hakikat yang sedang kita telan. Telan tanpa sedar. Kita melaungkan slogan anti-zionis, berkempen boikot yahudi, lantang berdemontrasi dan rapat umum, sumbangan dan derma serta munujat serta doa hingga siang malam. Tapi mengapa masih belum muncul pembebasan buat rakyat Islam Palestin? Tak pernah ke kita koreksi diri?

Ya, Allah s.w.t. menjanjikan kemenangan buat mereka yang berjihad di jalan-Nya serta kehancuran buat musuh-musuh serta pengkhianat agama. Namun, kemenangan itu bersyarat dan tidak percuma lagi mudah.

Peperangan antara umat Islam dengan zionis dan sekutu umpama pertembungan mimpi dengan realiti. An-Nadwi pernah memberi analogi mudah, patung seorang pahlawan yang besar dan seekor burung yang kecil. Pahlawan yang mana masa hidupnya digeruni lawan dan disegani lawan, gagah lagi berani tewas dan tidak mampu berbuat apa-apa dengan burung yang saiznya segenggam cuma tika burung itu bertenggek dan berak di atas kepalanya. Mengapa patung yang besar lagi kukuh itu tidak mampu berbuat apa-apa? Mengapa 'pahlawan yang gagah' itu hanya kaku dan menmbiarkan saja?

Pahlawan itu tewas kerana dia hanya patung, sekadar sejarah, cuma mimpi dan ilusi. Dan burung yang kecil itu mendapat 'kemenangan' kerana ianya nyata, realiti dan bukan mimpi.

Itulah fitrah dan sunnah. Realiti sentiasa akan mengatasi mimpi.

Kita tinjau kehidupan zionis atau yahudi sekarang. Mereka menepati ciri-ciri yahudi dan musuh Islam yang termaktub dalam al-Quran. Memang mereka sangat kejam, zalim, tidak mengaku dan tunduk pada Islam, melakukan kerosakan dan banyak lagi. Semua itu menepati ciri-ciri yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Quran itu benar dan relevan sepangjang zaman. Atau dengan kata lain mereka berada di dunia realiti.

Namun lihat pula keadaan umat Islam dan orang-orang beriman. Dalam al-Quranh dinyatakan syarat umat Islam memperoleh kemenangan ialah dengan bersatu, berganding bahu, memiliki keimanan yang mantap dan seumpamanya. Sifat orang Islam yang hakiki langsung tidak ada pada kita yang kononnya berjuang untuk Islam ini. Mu'min hakiki itu solatnya khusu', meniggalkan segala perkara-perkara mahsiat dan melalaikan, menunaikan zakat, menjaga kemaluan, menundukkan pandangan, kuat terhadap musuh, tidak menjadi pengkhianat dan seumpamanya. Memang banyak sifat-sifat orang nu'min yang tercatit dalam kalamullah namun hanya berapa kerat saja yang betul-betul mengaplikasi dalam diri dan kehidupan. Terbuktilah bahawa umat Islam hanya berada di dalam dunia fantasi.

Realiti sentiasa akan mengalahkan fantasi.
Zionis realiti vs Islam fantasi.
Kristian nyata vs Islam maya.

Ingat, kemenangan yang Allah janjikan itu bersyarat. Zionis takkan kalah selagi kita belum tewaskan nafsu kita sendiri.

Labels:

Monday, February 16, 2009

Dacing Kita Sudah Senget

Hari ini saya ingin mengajak sahabat pembaca sekalian untuk menjejak kembali sirah kegemilangan Islam. Kita buka lembaran hidup Syuraih bin al-Haris, seorang tabi'in yang telah dilantik menjadi hakim oleh Khalifah ar-Rasyidin kedua, Umar al-Khattab r.a.

"Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang! Tuan mengambilnya dalam keadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula!"

Itulah kenyataan tegas lagi yakin dari Syuraih kepa
da Saidina Umar ketika mengadili kes yang melibatkan golongan pemimpin negara dan orang awam. Belau langsung tidak memihak kepada Saidina Umar yang telah melantiknya. Langsung tidak gentar kepada ancaman dihukum atau 'ISA'. Apa yang dijunjung hanya keadilan Islam semata-mata. Kes ini berlaku apabila kuda yang dibeli khalifah menjadi tempang.

Antara kes besar yang dikendalikan ialah yang melibatkan Khalifah Islam ke-4 yakni Saidina Ali b. Abu Talib dengan seorang yahudi. Saidina Ali mendakwa bahawa yahudi tersebut telah mengambil baju besinya yang keciciran ketika pulang daru Perang Siffin.

"Wahai Amirul Mukminin, saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak berbohong tetapi Islam menetapkan setiap pendakwa perlu membawa dua orang saksi." Tegas Syuraih tanpa selindung.

Saidina Ali menyahut, "Ya, bersama saya Qanbar, pembantu saya dan al-Hasan, putera saya sebagai saksi."

"Maaf Amirul Mukminin, Islam tidak membenarkan anak sebagai saksi!" Tanpa gentar Syuraih membuat keputusan.

Saidina Ali hanya mampu bertasbih mendengar keputusan tersebut. Menerima dengan redha dan tidak menggunakan kuasa dan pangkat atau untuk memenangi perbicaraan tersebut. Juga tidak berlindung disebalik statusnya seorang ahlul bait
atau mana-mana institusi beraja.

Namun, dengan keadilan Islam yang tertegak itu telah memberi pancaran hidayah kepada yahudi tersebut. Dengan tidak semena-mena yahudi tersebut mengisytiharkan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dia juga mengaku yang baju besi tersebut kepunyaan Saidina Ali.

Satu lagi kisah yang menarik tentang Syuraih ketika beliau diminta untuk mengadili perselisihan antara anaknya dan kawan-kawannya. Setelah perbicaraan berlangsung, Syuraih membuat keputusan berlandaskan syariat dan menyebelahi kawan-kawan anaknya.

"Wahai anakku, demi sesungguhnya engkau lebih ku sayangi dari dunia dan seisi kandungannya, namun keredhaan Allah lebih ju utamakanberbanding denganmu."

Itulah pendirian seorang hakim yang mulia. Langsung tidak memilih bulu, tiada memihak pada kroni dan anak menantu.

Lihatlah bagaimana pemimpin yang beriman diberi firasat oleh Allah untuk melantik seseorang hakim. Bukan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi atau kroni dipilih. Syuraih yang dilantik pada zaman Khalifah Islam yang ke-2 itu terus diiktiraf keadilannya sehinnga diberi amanah memancarkan keadilan Islam sehingga 60 tahun. Bukan badan kehakiman diatur oleh mereka yang tidak beriman, rasuah dan tamak.

"Kelak orang yang menzalimi orang lain akan t
ahu siapakah sebenarnya yang rugi. Orang yang zalim sedang menunggu hukuman Allah terhadapnya. Orang yang dizalimi menunggu pembelaan dari-Nya" (Syuraih b. al-Haris)

Tapi dunia yang serba gila kini sudah tidak kisah semua ini. Apa yang penting poket tebal. Ya,neraca kehakiman kita sudah senget.

Setuju tak?

Labels:

Sunday, February 15, 2009

Ada Apa Dengan Cinta?




Mencari cinta dan keredhoan Ilahi merupakn titik yang penting dalam kehidupan kita,namun sering kali kita tersasar seketika dari landasan yang telah disyariatkan oleh Al-Kholik.Puas kita menangis,mengharap sinar baru dalam hidup kita namun kita masih berada di takuk lama. Dimanakah silapnya???

"Adkah kita sering melupakNya" "Kita hanya berdoa tapi tidak bersungguh-sungguh" "Atau ada perkara maksiat yang kita tidak sedari"

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian,sudilah kiranya kita berkongsi pendapat dan ilmu yang kita ada untuk sama2 kita upgrade diri dan iman kita dalam mencapai mardhotillah.


Labels:

Friday, February 13, 2009

i love you..




hati
mengapa begiti cepat engkau melatah
hanyut dalam godaan duniawi
terperangkap dengan cinta insani
sehingga sukar untuk ku kembali
pada cinta yang Esa

setelah cinta yang ku beri
kau balas dengan tuba yang berbisa
aku terkapai-kapai sendirian
dalam mengubat hati yang berdarah

kini
aku terjaga dari lena yang panjang
tersedar dari mimpi yang palsu
antara cinta ilahi dan cinta insani
yang mana permata
yang mana kaca
sehingga menikam jiwa
melukakan seluruh perasaan
tanpa belas kasihan

malam siang ku tangisi
perpisahan ini
meratapi nasib diri ditinggalkan
diriku kesepian
tidak lagi berteman

hidupku kosong
tidak bernilai...
namun,
Cinta ilahi mengatasi segalaNya
baru kusedari
dulu
hidupku penuh kepura-puraan
memadu kasih
menagih janji
yang tidak pasti.............

Ya Allah Ya tuhanku
berilah aku kesempatan
untuk aku meneguk kasih dan cintaMu
dalam meneruskan langkah perjalananku ini
amiin.....

Buat sahabt2 yang pernah merasai peritnya perpisahan,beruntunglah kerana kita masih diberi kesempatan waktu dari terus leka dan lalai dalam dunia yang kita ciptakan sehingga melupakan tangungjawab dan amanah kita yang sebenarnya.Yakinlah jodoh pertemuan di tangan Ilahi.
"biar diri bersendirian tanpa teman tapi jangan biarkan diri sunyi dari ditemani Ilahi"
"jangan dambakan isteri sehebat Fatimah andai diri tidak sehebat Ali"

Labels:

Jom sambut valentine day.

Valentine Day. Apa tu? Aah, tipulah kalau korang tak tahu. 14 Febuari setiap tahun, tarikh keramat yang sentiasa di tunggu saban tahun. Saya pun tertunggu-tunggu tarikh ni. Di kedai-kedai sudah meriah dengan pelbagai promosi, coklat, ros merah dan seumpamanya.

Apa yang kita tahu tentang Valentine Day?

keluar dating.

bagi hadiah, bunga, coklat kat pasangan.

mencari pasangan (bagi yang masih/sudah solo)

tapi tak ramai pun wanita yang sedar bahawa mereka bakal kehilangan dara pada 14 Feb.

Berapa kerat je mak bapak yang ambil peduli aktiviti-aktiviti anak-anak mereka pada hari tu.

Habis tu tak boleh sambut la?

Ya..ada beberapa sebab:-
  • Seperti diceritakan satu lagenda pada abad ketiga Rom berkenaan seorang paderi St. Valentine semasa pemerintahan kerajaan Cladius II. St. Valentine yang menentang raja Cladius II dengan meluluskan perkahwinan untuk pecinta-pecinta muda secara sulit yang pada ketika itu dilarang oleh raja Cladius II atas alasan pemuda Rom tidak dibenarkan berkahwin muda kerana perlu komit menjadi askar Rom yang berkualiti. St. Valentine ditangakap dan dihukum gantung pada tanggal 14 Februari 269 Masihi.
  • Juga terdapat versi cerita brbeza ketika pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom lebih cenderung menyembah dewa-dewi dan menolak ajaran Kristian. Dengan itu para mubaligh dan penganut kristian dipenjarakan dan disiksa. St. Valentine yang turut dipenjara menyebarkan agama Kristian pada banduan-banduan dana membantu mereka melarikan diri dari penjara itu. Akibat dari itu Valentine disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Maka 14 Februari diambil hari memperingati pengorbanan St. Valentine terhadap agamanya.
  • Selain itu Lupercalia iaitu berkaitan dengan ritual kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian. Ia adalah upacara penyucian diri berlangsung dari 13 Februari sehingga 18 Februari yang berkenaan penyembahan dewi cinta Juno Februata. Upacara enam hari ini berlangsung dengan beberapa ritual seperti seks bebas, korban anjing dan kambing, perarakan dan sebagainya.
  • Terdapat juga pendapat mengenai Hari Valentine diraikan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492 dan St. Valentine merupakan individu penting dalam kejatuhan itu. Kerana itu St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

Tak kisah la yang mana sahih yang mana palsu. Mungkin juga semuanya betul. Pokok pangkalnya sambutan ini jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Faedah dari segi kemanusiaan
juga langsung tiada. Yang wujud hanya satu isme dan pelakuan yang menyeleweng dan punah.

Tahniah kepada pejuang kristian kerana anda telah berjaya menanam satu pemahaman yang menguntungkan nafsu, merosakkan aqidah dan meruntuhkan nilai-nilai akhlak Islam.

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia
termasuk dalam golongan tersebut.
"

(hadis riwayat imam abu dawud)

Kerana
cinta ranap Kerajaan Islam Sepanyol. Ya, kerana cinta. Bukan ingin melawan fitrah tapi cuba untuk membaiki persepsi kita bagi mengelak fitnah.

Sedarlah wahai saudaraku, umat Islam sekarang hanya menjadi mangsa, diperbodoh, dihina. Bagi mereka kita hanya hamba. Hamba kepada pemikiran-pemikiran mereka yang terang-terangan terpesong. Namun kita masih bangga mendabik dada magikut mereka.

Labels:

Thursday, February 12, 2009



al-Fatihah untuk al-Syahid Imam Hassan al-Banna yang pada hari ini ini genap 60 tahun pemergian beliau,namun semangat roh jihad yang telah ditiupkan oleh beliau dalam jiwa mujahid mujahidah masih terys menyala dan rantai-rantai perjuanganya terus disambungkan sehingga ke hari ini..

Beliau merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin yang telah ditubuhkan oleh beliau pada tahun 1982.Walaupun beliau bukan merupakan ahli falsafah dan seorang pemikir dalam erti kata sebenar tetapi beliau mempunyai kemampuan yang tinggi dan kefahaman islam yang sebenar.Dibawah pimpinan beliau gerakan ini telah menjadi model gerakan yang mampu menghadapi cabaran semasa,pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam melatih ahli-ahlinya ialah menbina fikrah muslim dalam erti kata yang sebenar.Semua ini diterapkan melalui usrah yang nyata terbukti mampu melahirkan ahli-ahli yang berdisiplin tinggi dalam perjuangan.

Setelah melalui banyak ranjau dan duri dalam perjuangan akhirnya pada malam 12 februari 1949 beliau telah ditembak di hadapan pejabat pertubuhan Syukbanul Muslimin oleh meraka yang terdiri dari pasukan Polis RahsiaMesir dan gugur syahid.kematian beliau ibarat hilanglah sebutir bintang yang bergemerlapan di langit.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan perjuangan yang telah diasaskan oleh beliau akan terus disambungkan oleh generasi akan datang.Amiiin

Wednesday, February 11, 2009

terisrimewa buatmu bernama hawa


wahai bunga ditaman -taman larangan
engkaulah harapan ummah
untuk menjadi sayap kiri
buat insan yang bergelar mujahid
namun andai dirimu tersilap langkah
dirimu akan menjadi
duri yang berbisa
bagi insan yang bernama adam
manjamu,rajukmu,gurauanmu
hanyalah untuk kekasih hati
yang bergelar suami
bukan pada manusia
yang dipanggil 'pak we'
tetapi keikhlasan,kejujuran
lemah lembut dan sopan santunmu
adalah untuk semua
kerana engkau adalah
WANITA SOLEHAH

hiasilah peribadimu
dengan akhlak al-Quran
bentengilah dirimu
dengan sifat malu
hiasilah matamu
dengan ghodul basyar
basahkanlah lidahmu
dengan zikrullah
bukan dengan puitis-puitis cinta
yang hanya membawamu ke lembah kehinaan
bersahabatlah kerana ALLAH
dan siapkanlah bekalan diri
untuk begelar MUJAHIDAH............





"wanita sejati,penghias duniawi,penghuni syurgawi"

Labels:

syaitan vs malaikat

"bencinye akuu pada maksiat"
"dasar pompuan tak sedar diri"

"dahla tua bangka macam baboon tapi stil tak tinggal kelab mlam tak malu rumah kata pergi kubur kata mari"
"oooi,dah tak sayang nyawa k merempit kat jalan???
dah cukup amalan k nak mampos?"


pernah tak perkataan nie terpacul keluar dari mulut korang?? tipu la kalau ada yang menjawabnya tidak.benci pada kemungkaran konon,tapi pe yang korang lakukan tuk cegah kemungkaran??
bagi korang dengan mengutuk dan menghina begini dapat kembali mereka pada kebenaran???lagi diorang benci dengan ajaran adalah.
memang betul lau tak mampu nak cegah dengan kuasa kena cegah dengan mulut n lau tak mampu gak kna cegah dengan ati.
tapi tak kan tiap masa korang juz nak kutuk j tanpa korang dakwah diorang cara lembut,wujudkan rasa cinta berhalaqoh dalm jiwa mereka,didik mereka dalam mengenal erti sebuah kehidupan yang berpaksikan AlQuran dan As-Sunnah,mana janji korang semua tuk dakwah semua orang??bila tengok orang wat keburukan terus kutuk macamla korang tue baik sangat,ntah2 korang lagi teruk dari diorang coz kdng2 ada yang kadang2 menggunakan konsep 'niat menghalalkan cara',korang kapel tapi kon0onya ukwah fillah!!!
korang tak terpikir k lau korang dakwah diorang,bimbing diorang, mereka akan jadi aset yang besar bagi agama..yang mat rempik lau korang berjaya dakwah diorang mereka akan menjadi mujahid yang tidak gentar dalam menghadapi sebarang cabaran coz time diorang jadi mat rempit diorang tak takut mati asalkan nampak macho n gah!!!!!

bagi pompuan yang korang kutuk tue diorang lagi baik dari wanita yang biasa2 lau korang terapkan kefahaman islam yang sebenar dalm diri diorang coz diorang mampu mengubah dunia dengan pemikiran kreatif yang diorang ada yang selama nie digunkan untuk memikat n menggoda lelaki!!! Bahkan akan jadi sayap kiri dalan perjuangan seorang insan yang bergelar mujahid seterusnya melahirkan putera-puteri yang bakal meneruskan perjuangan korang nanti

ayuh sahabat semua.kita hijrahkan diri kita bermula saat nie juga,usah tangguh-tangguh lagi sementara peluang masih ada..jangan anggap diri kita terlalu baik dan jangan pikir yang buruk itu selama-lamenye buruk coz rahmat Allah tak mengenal sesiapa,tempat dan masa,,bangkitlah kita semua untuk mendidik dan membimbing generasi yang ketika ini hanyut dalam keseronokan dan tipu daya duniawi,kita bawa mereka kembali mengenal sinar Islam dan cahaya keimanan untuk terus mengembalikan kegemilangan Islam yang tidak lagi lemah dimata dunia. jangan terus menunding jari tanpa melakukan ape-ape coz tue perkara yang paling dibenci disisi Ilahi,jangan hanya mencari aib orang tapi ambilah iktibar dan semangat untuk kita terus berdakwah. Eh, kalau tak silap sifat munafik tu.....


"beruntungnya sesorang yang berjaya merubah seseorang kearah kebaikan lebih baik dari sang suria yang memancarkan cahayanya ke seluruh alam"

Labels:

Tuesday, February 10, 2009

Derhakakah Jebat?










Masih ingat kah kita tentang cerita zaman dahulu yang turun temurun datang kepada kita dari nenek,daduk,moyang kita lagi dan sampai lah kepada kita hari ini.Tetapi ceritanya kadang-kadang menjadi perbahasan antara para intelektual dalam bijak pandai sejarah ini,walaupun perkara sebegini sepatutnya tidak perlu lah menjadi satu perbalahan dalam mempertahankan hak kebenaran cerita itu.Masalahnya yang membawa kepada perbalahan itu hanyalah samada cerita hikayat hang tuah ini benar ataupun mitos semata-mata.

Tetapi pena ini menulis,jari ini memetik bukan lah ingin menambah kekeruhan dalam perbezaan ini,cuma ingin mengenang kebaikan dan mengutip faedah yang tersurat mahupun yang tersurat di dalam ceritanya boleh membawa kepada kita sungguh rempah ratus kebaikannya.Disini kita dapat lihat betapa beraninya lima bersaudara itu demi dan untuk mempertahan serta memperdamaikan tanah air mereka dan tidak lupa juga patuh akan sultan

Namun dek dengki dan longgarnya pentadbiran istana telah membawa Hang Tuah ke kancah mangsa fitnah,sehingga menyebabkan dia terpuruk dalam penjara,mungkin ketika itu belum dinamai dengan ISA.Perkara ini sehingga menyebabkab Hang Jebat bangun untuk mempertahankan ikhwahnya yang teraniaya,namun salahkah jebat?hanyalah untuk keadilan?

Salahkah jebat hanya menuntut keadilan?derhakakah jebat pada raja(pemerintah) yang tidak adil?mungkinkah jebat hanya perlu berdiam diri akan raja yang tidak adil itu?

Tetapi realitinya sekarang jangan lah kita taksub akan sultan sehingga semua kesalahannya dianggap putih seolah maksum,tapi harus diingat peranan raja amat penting tapi jangan lah penting hatta menindas rakyat sehigga ada yang ambil kesempatan akan kuasa raja itu untuk menggulingkan kerajaan sahih Perak

Berhati-hatilah kita dengan perkara ini dan sama-sama lah kita fikir derhakakah Hanh Jebat alaf 21 ir Nizar Jamaludin yang tidak meletakkan jawatan selepas mendapat suruhan lucutkan jawatannya daripada raja?Dan sucikah najib yang angkuh amat hanyut dalam cita-cita merebut dan megishtiharkan kerajaannya yang tidak sah itu.Dicatakan ini masalah perlembagaan paling buruk yang pernah menimpa negara.

BUKA HATI,BUKA MINDA KENALI DIRI TINGKATKAN IMAN

Labels:

Monday, February 9, 2009

Terkini dari Perak : Bertuah yob ada dua bapa.

Pertama kali dalam sejarah negara, satu negeri mempunyai dua MB dalam satu masa.
Hebat!!
Gila!!
Tak larat saya nak taip apa lagi yg keluar dari mulut ni.
Saya bukan nak bawa perkhabaran terbaru dari Perak tapi cuba merungkai apa yang tersimpan di benak pemikiran dan dan hati pembaca sekelian.

Apa komen anda tentang peristiwa yang berlaku di Perak?

Mungkin setuju..

Mungkin juga tak..

Atau tak kisah..

Tak pun tak tahu apa-apa..

Atau banyak lagi pandangan dan komen anda.

Mengapa??

Labels:

Wednesday, February 4, 2009

Islamku Lemah


"Rohingya?? Apa tu?" Aku kebingungan bila Yusri bertanya kepadaku tentang Rohingya. "Rohingya tu kuih la, kat kafe ada jual, yang tu pun kau tak tau", sampuk Azhar. Mereka semua satu fakulti denganku. Aku semakin dihimpit kebingungan yang terus memukul. Yusri tersenyum sambil menghulurkan naskah Berita Harian dan meniggalkan aku yang terus terpinga-pinga.

"ROHI
NGYA; PELARIAN DI NEGARA SENDIRI". Sungguh menarik tajuk akhbar yang diberikan oleh Yusri tadi. "Etnik Rohingya adalah sekumpulan penduduk beragama Islam dari barat laut Myanmar yang meninggalkan negara pemerintahan tentera itu kerana berdepan dengan tekanan dan kesukaran ekonomi." Aku terus terkesima setelah membaca berita itu. Baris demi baris. Aku makin tak keruan,tidak percaya dengan apa yang baru aku ketahui. Tapi, inilah hakikatnya.

Aku meneruskan pembacaan.

Sebuah bot yang dinaiki oleh seramai 78 etnik Rohingya ditahan di Thailand semalam dengan kesan luka dan terbakar pada anggota badan mereka yang dipercayai jesan daripada kek
ejaman tentera Myanmar.
Mataku terarah pada bucu kiri helaian tersebut. 27 Januari.


Astaghfirullah..
Betapa tak update diriku tentang umat Islam. Aku tak pernah miss baca paper tapi hanya terhad pada ruangan sukan dan hiburan.

Ya, umat Islam ramai,tapi hanya sekadar menjadi mainan kepada musuh. Umpama buih. Tak punyai akar tunjang yang kukuh. tidak seperti karang di dasar marin, teguh dan tetap walau dipukul ribut.

"Lemahnya Islam." Monologku sendirian.
"Tidak, bukan Islam..Tapi UMAT ISLAM YANG LEMAH"
"YA, UMAT ISLAM LEMAH"
"SANGAT LEMAH"
"AKU UMAT YANG LEMAH"
"AKU LEMAH"
"SANGAT LEMAH"

Aku bagai dibelasah bertalu, terpukul dengan kejahilan diri. Terseret dengan kejahatan hati.
Islamkah aku??

Labels:

Sunday, February 1, 2009

Rihanna live in KL..

Ayuh geng, kita hangatkan KL dengan konsert Rihanna, kita gegarkan Stadium Putra Bukit Jalil dengan teriakan dan pekikan. Jom bergelek dengan lagu Umbrela dan Bad Girl. Kita lompat, dan lompat. Harap korang tak lepaskan peluang ni. Bagi aku memang rugi ler siapa yang tak pergi, bukan mudah tau dia nak datang, korang ingat senang ke nak anjur konsert kat negara Islam saperti Malaysia ni. Harap korang tak kecewakan harapan artis kesayangan korang tu. Penganjur dah banyak berkorban masa dan kewangan. Harap kita sama-sama menggegarkan dan jadikannya antara konsert paling hangat tahun ni. Jom, terutamanya remaja-remaja, masanya telah tiba. Jangan lupa tau, 13 Febuari, minggu depan.
Berhenti sekejap fikirkan konflik di Gaza. Bukannya keluarga atau saudara kita pun yang disembelih rejim Zionis. Bukan banglo kita pun yang terkena bom fostforus buatan Amerika Syarikat. Mereka tiada kaitan langsung pun dengan kita di Malaysia. Syukurlah mereka di sana kita telah menderma. Aku pun dah derma, cukupla tu. kita derma kat Rihanna pulak.
Lupakan sekejap tentang umat Islam di Darfur maupun Somalia. Mereka juga tiada pertalian sausara dan tidak kena mengena pun dengan kita. Mereka masing-masing sudah ada kerajaan. Yang mati kebulur tu bukan kawan kita pun. Yang penting kita di Malaysia aman dan masih dapat ketawa.
Terima kasih kepada penganjur dan kerajaan Malaysia kerana meluluskan pemikiran dan budaya dari barat masuk ke Malaysiaku tercinta. Terima kasih kerana sanggup membayar puluhan ribu ringgit kepada artis yang menetap di AS tu. Kita sama-sama tolong diorang hancurkan Palestin. Terima kasih juga kerana menghidangkan dan mendidik generasi pelapis negara dengan pelbagai budaya songsang lagi sesat.
Saya menyeru kepada para remaja dan seluruh umat manusia terutamanya yang bergelar MUSLIM supaya sedar dan kembali bangkit. Keadaan kita di Malaysia sebenarnya lebih teruk dari apa yang menimpa umat Islam Palestin. Konsert Rihanna umpama bom fostforus yang akan menghakis aqidah umat Islam di Malaysia. tidak guna kita memboikot produk buatan AS dan sekutunya jika kita tidak menentang segala bentuk serangan terhadap isme umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya.
Maaf, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka yang tidak memboikot dan menentang konsert Rihanna diragui status agamanya!

Salah siapa ye???

Labels: