MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Monday, February 16, 2009

Dacing Kita Sudah Senget

Hari ini saya ingin mengajak sahabat pembaca sekalian untuk menjejak kembali sirah kegemilangan Islam. Kita buka lembaran hidup Syuraih bin al-Haris, seorang tabi'in yang telah dilantik menjadi hakim oleh Khalifah ar-Rasyidin kedua, Umar al-Khattab r.a.

"Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang! Tuan mengambilnya dalam keadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula!"

Itulah kenyataan tegas lagi yakin dari Syuraih kepa
da Saidina Umar ketika mengadili kes yang melibatkan golongan pemimpin negara dan orang awam. Belau langsung tidak memihak kepada Saidina Umar yang telah melantiknya. Langsung tidak gentar kepada ancaman dihukum atau 'ISA'. Apa yang dijunjung hanya keadilan Islam semata-mata. Kes ini berlaku apabila kuda yang dibeli khalifah menjadi tempang.

Antara kes besar yang dikendalikan ialah yang melibatkan Khalifah Islam ke-4 yakni Saidina Ali b. Abu Talib dengan seorang yahudi. Saidina Ali mendakwa bahawa yahudi tersebut telah mengambil baju besinya yang keciciran ketika pulang daru Perang Siffin.

"Wahai Amirul Mukminin, saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak berbohong tetapi Islam menetapkan setiap pendakwa perlu membawa dua orang saksi." Tegas Syuraih tanpa selindung.

Saidina Ali menyahut, "Ya, bersama saya Qanbar, pembantu saya dan al-Hasan, putera saya sebagai saksi."

"Maaf Amirul Mukminin, Islam tidak membenarkan anak sebagai saksi!" Tanpa gentar Syuraih membuat keputusan.

Saidina Ali hanya mampu bertasbih mendengar keputusan tersebut. Menerima dengan redha dan tidak menggunakan kuasa dan pangkat atau untuk memenangi perbicaraan tersebut. Juga tidak berlindung disebalik statusnya seorang ahlul bait
atau mana-mana institusi beraja.

Namun, dengan keadilan Islam yang tertegak itu telah memberi pancaran hidayah kepada yahudi tersebut. Dengan tidak semena-mena yahudi tersebut mengisytiharkan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dia juga mengaku yang baju besi tersebut kepunyaan Saidina Ali.

Satu lagi kisah yang menarik tentang Syuraih ketika beliau diminta untuk mengadili perselisihan antara anaknya dan kawan-kawannya. Setelah perbicaraan berlangsung, Syuraih membuat keputusan berlandaskan syariat dan menyebelahi kawan-kawan anaknya.

"Wahai anakku, demi sesungguhnya engkau lebih ku sayangi dari dunia dan seisi kandungannya, namun keredhaan Allah lebih ju utamakanberbanding denganmu."

Itulah pendirian seorang hakim yang mulia. Langsung tidak memilih bulu, tiada memihak pada kroni dan anak menantu.

Lihatlah bagaimana pemimpin yang beriman diberi firasat oleh Allah untuk melantik seseorang hakim. Bukan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi atau kroni dipilih. Syuraih yang dilantik pada zaman Khalifah Islam yang ke-2 itu terus diiktiraf keadilannya sehinnga diberi amanah memancarkan keadilan Islam sehingga 60 tahun. Bukan badan kehakiman diatur oleh mereka yang tidak beriman, rasuah dan tamak.

"Kelak orang yang menzalimi orang lain akan t
ahu siapakah sebenarnya yang rugi. Orang yang zalim sedang menunggu hukuman Allah terhadapnya. Orang yang dizalimi menunggu pembelaan dari-Nya" (Syuraih b. al-Haris)

Tapi dunia yang serba gila kini sudah tidak kisah semua ini. Apa yang penting poket tebal. Ya,neraca kehakiman kita sudah senget.

Setuju tak?

Labels:

1 Comments:

Blogger GuwaSufi said...

hakhakhak...

tergelak seorangan aku tika membaca kisah agung ini...gelakku dlm penuh ketasbihan kpd Tuhan...penuh keinsafan....

artikel pendek ini begitu menarik. ya, aku sgt bersetuju dgn kata2 penulis :)

February 18, 2009 at 3:48 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home