MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Thursday, August 20, 2009

mArhAbAn yA rAmaDhAn & sElaMaT bErCuTI....















marhaban ya ramadhan....kehadiranmu di nanti-nanti.....buat sahabat-sahabt seperjuangan selamat bercuti..namun jangan jadikan cuti sebagai cuti untuk kita berehat dalam mendekatkan diri padaNya tetapi rebutlah peluang cuti ini tambahan lagi di bulan ramdhan yang bakal tiba untuk kita menperbanyakan lagi amal soleh kepada al kholiq.....
salam ramadhan..
salam bersahur ..
salam bermunajat..

Pintu Rayyan Itu Khusus Untuk Orang-Orang yang Berpuasa
Sahl r.a. mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya di dalam surga terdapat delapan pintu. Di sana ada pintu yang disebut Rayyan, yang mana pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang masuk melalui pintu itu. Dikatakan, 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup. Sehingga, tidak ada seorang pun yang masuk darinya."(riwat muslim)

Sunday, August 16, 2009

Paku yang lekat di hati


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita ini",nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah,ibu.Tapi saya akan cepat mintak maaf.Itu satu kelebihan juga bu,"kilas si anak

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu lagi

"Saya rasa tidak,selepas mintak maaf,segala-galanya langsai,bu."

Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya dari sifat buruk ini.

"Kalau begitu,kamu ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini,setiap kali kamu menyakiti hati seseorang,kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.Kemudian,setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu."

Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihat ibu,mana ada paku yang tinggal?"ujar si anak dengan bangga."
"Semuanya telah dicabut.Memang ramai orang yang saya telah sakiti hati mereka.Tetapi semuanya telah memafkan saya stelah saya meminta maaf."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memafkan,tapi sedarkah kamu....?

"Maksud ibu?"

" Cuba kamu tengok dinding ini.Semuanya sudah tebuk,calar dan "berkemutu".Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan,tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka.Hati yang dilukai ada parutnya,anakku..."
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu.Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti??

Cerita yang ana baca dari SOLUSI ISU 8 ini menarik hati ana untuk berkongsi dengan sahabat2 semua.Seringkali kita melukakan insan disekeliling kita baik kita sedari mahupun kita tidak sedari.Memang mudah bagi kita untuk mengungkapkan kata maaf,namun sebagaimana dinding itu tercalar,berkemutu,begitulah juga dengan hati kita.Begitu indah analogi yang digunakan oleh si ibu untuk menyedarkan si anak dari terus menyakiti hati orang lain.Luka di hati lebih sukar dirawati dari luka di tangan mahupun anggota badan yang lain.Tidak terlepas diri ini dari terluka dengan insan- insan yang terhampir. Namun begitu di dalam Alquran, Allah telah memberi jaminan dan janji kepada orang yang memberi maaf dimana di dalam surah Al-Baqarah ayay237 yang bermaksud: "Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah lebih dekat kepada taqwa"

Menurut buku Tip-tip cemerlang daripada Alquran hasil tulisan DR.Danial Zainal Abidin golongan pemaaf adalah golongan yang berjiwa besar. Oleh kerana sifat ini adalah sifat yang mulia,Allah mengarahkan umat Islam menghiaskan diri dengan sifat pemaaf,Allah juga telah berfirman di dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud"Berikanlah kemaafan,ajaklah kepada yang makruf dan berpalinglah dari mereka yang jahil"

Betapa beruntungnya orang yang disakiti namun beliau memaafkan kesalahan orang lain,ini telah di buktikan lagi dengan hadith Rasulullah S.A.W:" Aku bersumpah demi Dia yang nyawaku berada di dalam kekuasaanya tentang tiga perkara iaitu tidak akan berkurangan harta kerana bersedekah,tidaklah dimaafkan seseorang yang telah menzaliminya semata-mata kerana Allah melainkan Allah akan menambahkan baginya kemuliaan dan tidaklah seseorang itu membuka baginya pintu kefakiran.(Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud)

Hadith ini menunjukkan kepada kita semua betapa mulianya golongan pemaaf.Status dan darjat mereka tinggi di sisi Al-Kholik.

Abu Darda' apabila ditanya berkenaan ciri-ciri manusia yang mulia, berkata:"mereka ialah golongan yang sudi memaafkan di saat mereka berkemampuan untuk membalas dendam."
Semoga kita semua tergolongan dalam golongan pemaaf......

Wednesday, July 1, 2009

10 PERKARA YANG SIA-SIA


  • Orang yang berdoa untuk dirinya sendiri
  • tetapi tidak berdoa untuk ibubapanya dan kaum muslimin

  • orang yang kerapkali membaca Quran
  • tetapi tidak tertib membacanya 100ayat sehari

  • orang yang masuk ke dalam masjid
  • tetapi tidak melakukan solat sunat tahiyatul masjid

  • orang yang melewati tanah perkuburan
  • tetapi tidak memberikan salam dan mendoakan penghuni kubur

  • orang yang masuk ke kota pada hari jumaat
  • tetapi tidak mengerjakan solat jumaat berjemaah

  • orang yang tinggal di satu kawasan lingkungan dengan ulama
  • tetapi tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu

  • orang yang mengundang seseorang menjadi tetamunya
  • tetapi tidak diendahkan dan dilayani tetamunya

  • orang yang tidak menyedari tetangganya sedang merintih kelaparan
  • tetapi dia kekenyanagn di dalam rumahnnya

  • dua orang yang bersahabat
  • tetapi tidak menanyakan tentang masing-masing dan keluarganya

  • pemuda yang menjadikan zaman remajanye berlalu begitu sahaja
  • tanpa memanfaatkanya dengan menuntut ilmu

Semoga kita semua tidak tergolong dalam orang yang melakukan perkara yang sia-sia..Islah diri sementara kesempatan yang ada...Jadikan sejarah semalam sebagai batu loncatan untuk kita terus mengupdate diri.

"HASIBU QOBLA AN TUHASIBU"

Sunday, June 28, 2009


Bissmillahirahmanirrahim....
Assalamualaikum...

Subhanallah..lame benar diri ini tidak mengupdate blog nie...rindu yang menggamit namun kekangan masa mengatasi segala-galanye..alhamdullilah,akhirnye waktu rehatku ku curi sedikit untuk ku meluahkan ape yang terbuku di hati buat insan yang tersayang YANG BANYAK BERSABAR DAN TANPA JEMU melayan kerenahku ini...

ukhti...
al-awal
syukur ku rafa'kan pada Ilahi
kerana dengan takdirnya
kita dipertemukan
bermula bait-bait ukhwah
lantas persis jalinan mahabbah
terlestari.....

ukhti...
mengenali satu rahmat
yang tak dapat ku ungkai dengan kalamku
yang tak bisa didentifikasikan
dengan firasatku...
yang tiada harga nilainya...
yang hadir sepintas angin balu
menyulam seurat kasih
calitan gemersik rindu...

ukhti...
hadirmu membawa NUR hidupku
menebar ilmu nan secalit didadaku
menitip tazkirah kalaku terleka
lalu ku tunduk tawaduk sujud padaMu..
mencari erti hidup yang hakiki..

ukhti...
gerak langkahmu menggamit kekagetanku
peribadimu,pendirianmu
meruntun jiwa sanubariku...
kucuba mentafsir perihal dirimu
kusedaya mengadaptasikan
QUDWAH HASANAH
menyelami akhlak islamiyyah
yang sejati...

ukhti...
hidup ini umpama roda yang berputar
ada air pasang surutnya..
andai ku tersasar
jatuh tersungkur..
tuntunilah daku
jernihkanlah kelodak nan keruhku..
agarku tidak didodoi dengan
arus duniawi..

ukhti...
secangkir kalam darimu
sebaris SMS darimu
bisa mengubati duka suramku
bisa menyemai aura semangatku
bisa mencantas sifat mahmudahku
agar kelak ku sentisa
di bawah lembayung-MU...

ukhti...
munajatku agar dirimu dalam barokahNYA..
dilimpah nikmat dan rezeki
daripadaNYA...
moga silaturahim terus tersimpul erat
ukhwah fillah abadan abada...


ukhti...
akhiran
syukran jazilan jemari dihulur..
maatasif jiddan mohon disucikan
cebisan nostalgia terlakar dijiwa
kenangan terpatri tercipta memori....


sajak ini khas ditujukan buat sahabat2 MR dan IPG kampus Dato' Razali Ismail dan teristimewa buat insan yang sentiase seiringan denganku dari mataku dibuka sehingga terlena kembali..dirimu amat bermakna dalam diriku(?????)

Saturday, May 16, 2009

Puisi : Guru Oh Guru



Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.



Khas buat insan yang bergelar GURU...
paling utama selawat serta salam yang berkekalan untuk penghulu segala guru, Rasulullah s.a.w.

Labels:

Friday, May 8, 2009

PeRMaSaLAhAn WaNItA


Assalamualaikum...

Mengetahui hukum hakam mengenai haidh adalah fardhu ain bagi setiap wanita islam.Ianya wajib dipelajari walaupun terpaksa keluar untuk mempelajarinye...

Al khatib al-Syirbini berkata:"Seseorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan haidh,isthihadah dan nifas.Jika si suami mengetahuinya,die wajib mengajar isterinye.Jika si suami tidak mampu menerangkan hukum hakam berkenaan haidh maka isteri boleh keluar untuk bertanyakan ulama.Malahan ia wajib keluar dan haram bagi suami menghalangnye keluar kecuali jika suami mampu menberikan jawapan apabila ditanya,maka memadailah dengan jawapan si suami Perempuan tidak boleh keluar untuk menghadari majlis ilmu atau majlis zikir kecuali dengan izin suaminye"....

Bila baca kata2 nie ana rase terpanggil tuk berkongsi dengan sahabat2 sume berkaitan ngan masalah wanita walaupun diri ini agak malu untuk mengetengahkan hal yang berkait rapat dengan diri kita setiap bulan.Tetapi tiade istilah malu dalam menuntut ilmu.Tambahan pula ilmu ini wajib dipelajari sameada bagi kaum hawa mahupun adam kerana bagi kaum adam mereka wajib untuk mengajarkanye kepada zaujah dan anak2 perempuan mereka nanti.Maka bekalkan diri anda sebaik mungkin.tetapi!!!jangan salah guna ilmu yang kita dapt.IKHLASKAN HATI DALAM MENCARI ILMU ALLAH

Disini ana gunakan konsep soal jawab sebagaimana yang telah ana baca dalam buku FIQH WANITA MODEN.Semoga ianya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam untuk kita semua.

1)Apakah pengertian haidh?
Dari segi bahasa: turun sesuatu secara mengalir
Istilah: darah yang keluar dari rahim wanita yang sudah baligh kerana fitrah semulajadi kejadianye bukan kerana penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud:mereka bertanya kepadamu tentang haidh.Katakanlah:"haidh itu adalah suatu kotoran"
ianya dinamakan sebagai kotoran kerana warnanye yang kotor,baunye yang busuk dan boleh mendatangkan kemudharatan.

2)Adakah haidh berlaku pada haiwan?
Ya,terdapat haiwan yang mempunyai haidh iaitu arnab,dubuk,kelawar,unta ,anjing,cicak,kuda dan lain-lain.

3)Bagaimanakh dengan wanita yang bencikan kedatangan haidh?
Seseorang wanita yang benci dengan kedatangan haidh pada dirinya adalah berdosa.Ia dianggap cetek ilmu pengetahuan. Sebenarnye kedatangan haidh menandakan kesuburan organ peranakan wanita,ia amat penting bagi setiap wanita.Tanpa kedatangan haidh mungkin organ peranakan bermasalah dan mungkin menandakan ia mandul oleh itu kaum wanita mestilah redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT sabda Rasulullah SAW: "sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada perempuan-perempuan keturunan Adam"

4)Kenapakah ada wanita yang merasa sakit ketika kedatangan haidh?
Rasa sakit kedatangan haidh adalah biase terutamanye dalam kalangan wanita yang belum berkahwin.Kebiasaan ini akan hilang apabila meningkat usia lebih kurang 25 tahun.

5)Apakah warna darah haidh?
Dalam satu hadith riwayat Abu Daud-al-Nasa'ie dan al-Hakim menyatakan darah haidh berwarna hitam hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW: sesungguhnya darah haidh itu ialah darah hitam yang diketahui(warna dan baunye)
menurut Ulama mazhab Syafie pula terdapat 5 warna darah haidh iaitu:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. kuning kemerahan
  5. kuning keputihan
manakala menurut pendapat mazhab Hanafi terdapat 6 warna:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. keruh
  5. hijau
  6. warna seperti tanah

6)Apakah ciri2 darah haidh?
Nabi SAw menyifatkan ciri-ciri darah2 haidh adalah seperti berikut:
  • keadaanye pekat dan keluar berbuku-buku
  • ianya terasa hangat kerana kepanasan darah tersebut
  • ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir sebagai cairan yang biasa mengalir
  • mempunyai bau yang busuk dengan warnanye yang hitam dan sanagt merah
Setakat ini sahaja untuk kali ini,mata pun dah berat untuk meneruskan persoalan2 yang berkaitan dengan masalah ini.I.Allah jika diberi kesempatan olehNYE ana akan sambung pada entri yng akn datang,semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat memberi banyak manfaat tuk kite semua untuk terus mencari mardhotillah dan menjadi mukmin yang sebenar-benarnye mukmin..I.Allah..Kepada sahabat2 yg ade sebarang kemusykilan berkaetan dengn masalh ini boleh la mengutarakanya..I.Allah ana akn cube tuk menjawabnye..syukran

Wassalam

CANTIKNYE WANITA


Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Dah lame rasenye tak menekan keyboard tuk berkongsi ngn sahabat2 sume dek kesibukan dunia yang seringkali menghambat..benarlah sebagaimane maksud ayat surah al-Asr"

"Demi masa.sesungguhnya manusia dalam kerugian,melainkan mereka yang yang beriman
dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

kali nie ana nak kongsi kata2 sal muslimat ngan sahabat2 sume.Memang fitrah wanita paling suke law orang puji die cantik, sampai ada yang tersenyum keseorangan dek teringat pujian yg die dapat tue tambah2 law dari buah ati pengarang jantung yang tersayang...rase bangga mengatasi segala2nye....tapi sedarkah kita dari sudut manakah kecantikan kita yang dimaksudkan???


cantik seorang wanita itu sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
bibir memekar senyuman kosmetik
cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulitnye yang putih gebu terdedah
cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak pade menjerat diri terhadap kederhakaan

cantik wanita itu sebagai isteri
menempuh badai disisi suami
cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persengketaan ipai-duai
cantik seorang wanita sebagai ibu
mendodoi anak tatkala suami lena menjalin mimpi

cantik seorang wanita sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu cicit...

"WANITA MEMANG CANTIK"

sabda Rasulullah SAW: "sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"

cantik wanita kerana kejernihan wajah
manis wanita kerana senyuman
indah
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
hebat wanita kerana kesabaran
mulia wanita kerana keimanan yang teguh