MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Sunday, August 16, 2009

Paku yang lekat di hati


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita ini",nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah,ibu.Tapi saya akan cepat mintak maaf.Itu satu kelebihan juga bu,"kilas si anak

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu lagi

"Saya rasa tidak,selepas mintak maaf,segala-galanya langsai,bu."

Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya dari sifat buruk ini.

"Kalau begitu,kamu ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini,setiap kali kamu menyakiti hati seseorang,kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.Kemudian,setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu."

Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihat ibu,mana ada paku yang tinggal?"ujar si anak dengan bangga."
"Semuanya telah dicabut.Memang ramai orang yang saya telah sakiti hati mereka.Tetapi semuanya telah memafkan saya stelah saya meminta maaf."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memafkan,tapi sedarkah kamu....?

"Maksud ibu?"

" Cuba kamu tengok dinding ini.Semuanya sudah tebuk,calar dan "berkemutu".Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan,tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka.Hati yang dilukai ada parutnya,anakku..."
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu.Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti??

Cerita yang ana baca dari SOLUSI ISU 8 ini menarik hati ana untuk berkongsi dengan sahabat2 semua.Seringkali kita melukakan insan disekeliling kita baik kita sedari mahupun kita tidak sedari.Memang mudah bagi kita untuk mengungkapkan kata maaf,namun sebagaimana dinding itu tercalar,berkemutu,begitulah juga dengan hati kita.Begitu indah analogi yang digunakan oleh si ibu untuk menyedarkan si anak dari terus menyakiti hati orang lain.Luka di hati lebih sukar dirawati dari luka di tangan mahupun anggota badan yang lain.Tidak terlepas diri ini dari terluka dengan insan- insan yang terhampir. Namun begitu di dalam Alquran, Allah telah memberi jaminan dan janji kepada orang yang memberi maaf dimana di dalam surah Al-Baqarah ayay237 yang bermaksud: "Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah lebih dekat kepada taqwa"

Menurut buku Tip-tip cemerlang daripada Alquran hasil tulisan DR.Danial Zainal Abidin golongan pemaaf adalah golongan yang berjiwa besar. Oleh kerana sifat ini adalah sifat yang mulia,Allah mengarahkan umat Islam menghiaskan diri dengan sifat pemaaf,Allah juga telah berfirman di dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud"Berikanlah kemaafan,ajaklah kepada yang makruf dan berpalinglah dari mereka yang jahil"

Betapa beruntungnya orang yang disakiti namun beliau memaafkan kesalahan orang lain,ini telah di buktikan lagi dengan hadith Rasulullah S.A.W:" Aku bersumpah demi Dia yang nyawaku berada di dalam kekuasaanya tentang tiga perkara iaitu tidak akan berkurangan harta kerana bersedekah,tidaklah dimaafkan seseorang yang telah menzaliminya semata-mata kerana Allah melainkan Allah akan menambahkan baginya kemuliaan dan tidaklah seseorang itu membuka baginya pintu kefakiran.(Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud)

Hadith ini menunjukkan kepada kita semua betapa mulianya golongan pemaaf.Status dan darjat mereka tinggi di sisi Al-Kholik.

Abu Darda' apabila ditanya berkenaan ciri-ciri manusia yang mulia, berkata:"mereka ialah golongan yang sudi memaafkan di saat mereka berkemampuan untuk membalas dendam."
Semoga kita semua tergolongan dalam golongan pemaaf......

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salamalaik..
subhanallah..seringkli kita menjadikan nafsu amarah dan dendam sebagai raja...
YA Allah betapa kerdil dan hinanya diri ini.

August 17, 2009 at 10:07 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home