MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Saturday, April 18, 2009

Murahnyeee


Assalamualaikum....
Sudah lama ana nak coretkan tentang iklan yang sering membuat ana tersenyum tatkala membelek dada2 akhbar kebelangan ini.Alhamdulillah hari ini ana diberi kesempatan masa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sume.

Iklan yang ana maksudkan ialah promosi bagi harga makanan segera
kfc,pizza hut dan Mcdonalnds.Wah!murah sangat-sangat harga yang ditawarkan sehingga mampu dimiliki oleh semua golongan.Budak2 sekolah pun dah mampu lau nak lunch kat sane dan makin bertambah ramaila pasangan yang bermurah hati untuk belanja buah hati pengarang jantung mereka.Tidak ketinggalan juga mereka yang dulu berpendapatn rendah dan mempunyai zuriat harta yang ramai hanya mampu menelan air liur tatkala melintasi restoran2 kfc,menghirup aroma yang enak dari dapur kfc yang mampu mengiyurkan orang yang menghidunyee..Tapi kini mereka pun dah turt same dapat merasainya..Alhamdulillah...TETAPI.......

Pernah tak kita terfikir kenape harga menjunam jatuh?sedangkan harga barangan di pasaran semakin hari semakin naik sampai naik lemas dibuatnya..Nie hanya pendapat peribadi ana...Bagi ana sebenarnya melalui penurunan harga tue juga boleh menguji tahap keimanan kita berada di takuk mane..kenapa ana berfikir begitu???senang j jawapan die...kita dengn lantang kononye menentang penindasan zionis di negara saudara kita,palestin,tapi bila harga dah diturunkan kita pulak yang jd promoter2 tak bertauliyah di pejabat2,kelas2 IPGM2 dan sewaktu denganye mengajak sahabt2 berjemaah untuk menjamu selera di restoran makann segera tersebut bagi menyiram kembali ekonomi yahudi yang berada di tahap hidup segan mati tak mahu.Inikah yang dikatatan benci pada kekejamn????benci tetapi kita yang menjadi penyumbang besar kepada bom2 dan bahan letupan yang telah menghancurkan tubuh dan daging2 saudara kita sendiri..Tidakkah kita sedar betapa kita mudah tertipu dengan permainan orang kafir dan diperdaya...Bukalah mata wahai saudaraku seagama....betapa lemahnya iman kita andai kita turut serta berjemaah bersama mereka..

Ana sengaja menghidupkan kembali topik boikot nie sebab bagi ana sudah ramai umat islam yang luntur "semangt boikotnye",tidak seperti awal2 kekejaman di Palestin dahulu..Jenama-jenama yang diboikot dulu kini telah kembali menjadi pilihan utama,malah bangga dapat memiliki jenama yang terkenal kononya up to date..Kemana semangt jihad yang sepatutnya mengalir dalam diri seorang muslim?? Sanggupkah kita mengaku sebagai seorang mujahid/mujahidah andai dengan masalah ini pun kita tak mampu nak hadapi.Sedangakn berjihad menentang hawanafsu untuk menahn dari mkan kfc pun kita dah tak mampu nie kan pulak nak jihad lawan musuh,,same2 kita renungkan.. Ana bukan berniat nak tunding jari pada sesiapa sebab kita memang manusia yang mudah lupa dan umat yang lembut dan baik hati tapi rasenye tak salah lau ana katakan wajib bagi kita untuk meneruskan boikot ini,bukan hanya bila negara saudara-saudar kita di serang baru pakat ramai-ramai memboikot,istoqamah dalam amalan kita walaupun sedikit lebih disukai oleh Ilahi dari membuat "kebaikan" sekaligus tetapi hangat-hangat tahi ayam...

"buka minda lapangkan dada,apa persaan kita andai duit2 yang telah kita "sedekahkan" kepada syarikat2 yahudi tersebut satu hari nanti akan menjadi peluru yang akn menghujani negara kita...nauzubillah.....tepuk dada tanya iman"........

Labels:

Friday, April 17, 2009

Boleh Ke Nak Letak Gambar Bagi Wanita??


bismilahirrahmanirahim....
Assalamualaikum.wrt.


Termenung lama diriku untuk mengutarakan topik ini..namun rasa terpangil untuk same2 berkongsi tajuk yang mungkin ada segelintir yang mengeahui hal ini,tetapi diri yang dhoif ini sekadar berkongsi pendapat dengan sahabat2 sekalian

Dewasa ini,arus teknologi mengatsi segala-galanya...maklumay dihujung jari,namun buat insan yang bergelar kaum hawa semakin banyak fitnah-fitnah yang akan berlaku tanpa kita semua sedari.Alhamdulilah hari ini makin ramai mujahidah-mujahidah yang menjadikan kemudahan blog,myspace,frienster dan sebgainya untuk menyebarkan dakwah,tapi awas!!!!!disebalik dakwah yang disebarkan ada segelintir muslimat- muslimat meletakan gambar 'posing maut" yang boleh menjadi tatapan mata si nakal setiap hari.

Mungkin tak terlintas di fikiran wanita itu untuk menarik perhatian lelaki ajnabi,betul,tetapi sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w:"tidak aku tinggalkan fitnah terbesar bagi kaum lelaki melainkan fitnah wanita"
Oleh itu sahabat2 sekalian ingin ana mengajak antunna semua berfikit sejenak adakah dengan meletakkan gambar-gambar diri kita akan selamat dari sebarang fitnah?
Andai yang diberi kelebihan oleh ilahi dengan memiliki seraut wajah yang mampu menaut hati seorang lelaki,bagi yang beriman,mereka akn menundukan pandangan dan beristighfar di dalam hati sebagai mana firman allah di dalam surah an-nur:"katakanlah Muhammad kepada orang yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dari sesuatu yang haram dan memelihara kehormatan mereka"...,tetapi bagi mereka yang mempunyai penyakit hati pasti seraut wajah yang antunna paparkan akan mengundang gelojak rasa di hati mereka.tidak terhenti setakat itu sahaj,kini dengan pelbagai kermudahan yng tak terjangkau dek pemikiran,dari sekeping gambar yang bertutup litup boleh menjadi sekeping gambar yang x sangup untuk kita tatapi.....renung2kanla wahai sahabtku sekalian...belum terlambat tuk kita "mendelete" semua gambar yang ada same ada dalam friendster,my space dan sebgainya sebelum nasi menjadi bubur..........

Oleh itu,bangkitla wahai mujahidah solehah,same2la kita pelihari kesucian diri kita dari terus dihambt fitnah tanpa kita sedari.....


mintak sahabat2 semua yang lebih mengetahui hal ini dapat berkongsi pendapat untuk same2 kita menjaga kesucian diri...

waallahua'lam...

Thursday, April 16, 2009

oh ayah..oh ibu



Entah apa mimpinya aku bila tiba-tiba terdetik di hatiku untuk menatap album lama itu. laman demi laman kutatap album itu...sehinggalah tanganku terhenti pada beberapa keping foto yang menunjukan gelagat beberapa orang kanak-kanak. Lagaknya seusia dua atau tiga tahun usia mereka, teka hatiku . Kelihatan juga seorang ibu begitu ceria melayani karenah mereka dan seorang ayah yang begitu mesra mendukung seorang bayi lelaki.

Aku amati lagi foto itu. Bayi itu comel sekali, bulat mata dan hitam lebat rambutnya. Siapa dia si bayi itu? Ah!!....sudah agak lama aku tidak berjiwa sentimental. Lama sudah aku melupakan untuk menghargai hati dan perasaan ibu dan ayah. Aku sudah tidak nampak kasih sayang mereka. Butakah aku?. Aku juga sudah tidak dapat mendengar dan menilai butir tutur nasihat mereka. Tulikah aku?.


Nostalgia lama ligat menggamit sedikit kekesalan di hatiku. Berperang antara perasaan menyesal dan degilku untuk menilai keterlanjuran perangaiku. Mengapa aku??? Ya… tidak ada apa-apa dengan diriku disebabkan oleh ayah dan ibuku. Semuanya kerana perbuatanku sendiri , kejahilanku sendiri, kebencian hatiku rupa-rupanya memakan diriku jua.

" Ibu menyayangimu melebihi harta benda yang ibu miliki. Walaupun segala-galanya telah tiada, sedikit pun tidak mengurangkan kasih ibu terhadapmu Afifi". Luah ibu tanpa berselindung lagi. aku tersangat tahu ibu terluka dengan pebuatanku mengambil barang kemasnya, tetapi aku tersangat hairan, bila ibu kelihatan tersangat tenang. Sangkaku aku akan dibalun separuh mati.

"Oh...ibu....Afifi nakal, Afifi jahat, namun Afifi tidak berdaya untuk memohon ampun dan maaf darimu ibu. Egoku melangit tinggi. Bukan sekali, bahkan berpuluh-puluh kali aku menyakiti perasaan ibu dan ayah. " Afifi, walau menggunung tinggi kasih dan sayang ibu terhadapmu , jika Afifi sendiri tidak menyayangi diri Afifi, tiada gunanya, Afifi.". kata-kata itu ada kebenarannya.


Tetapi, teramat sukar untukku kembali menjadi manusia normal seperti dahulu. Aku seolah-olah dikepung , dikurung di dalam suatu citarasa yang amat payah untukku berlari keluar. aku merasakan semua orang tidak memahami naluri dan perasaanku.


Ketagihku untuk hidup bebas lepas amat payah untukku ubah, sedikit iman di hatiku membuatkan aku solat juga walau selalu ponteng beberapa waktu. Oh tuhan!, begitu mudahnya manusia seperti aku ini tergoda dengan gamitan syurga dunia!.
" Ibu sangat berharap kau kembali mengenali dirimu". Kata-kata ibu mengandungi makna yang mendalam.


Ya....semenjak termakan hasutan kawan-kawan, aku sudah bertukar watak. Akulah hero ponteng sekolah, berambut punk, berseluar ketat di kenting, 'trade mark' aku yang pada anggapanku terbaik fesyennya. Dirotan, diberi pelbagai amaran, "peduli apa aku", Itulah kata hatiku.


" Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian" sms berunsur nasihat bertalu-talu menerpa telefon bimbitku . Tidak pernah sekalipun sms dari ibu dan ayahku bertanyakan soal makan minumku . Setiap waktu solat, sms ibu bertanyakan adakah aku akan bersolat, sudah solat atau belum?.


" Seluruh penghuni langit dan bumi mengutuk orang yang tidak solat". Pesanan ibu memasuki otak pesanan telefon ku.

Sehingglah kepada satu sms yang membawa sedikit keinsafan di hatiku. Waktu itu, waktu untuk solat maghrib, aku tanpa apa-apa faedah pun masih melepak bersama kawan-kawanku di taman perumahan.


" suka benarlah syaitan dapat kawan macam kau orang ni!". Benarkah aku macam syaitan?, ya, syaitan menghasut manusia agar jangan bersolat. Bila tidak menunaikan solat, maka runtuh dan patahlah tiang agama itu. Apa lagi yang tinggal?? sedang urat dan nadi itu di bawah pengawalan Ilahi. Bila Allah mahu ia dihentikan maka akan berhentilah denyutan itu dan tiada lagi hembusan dan sedupan nafas di dada manusia.


" Oh......aku takut. aku takut pada nerakaMu!" aku tidak ada apa-apa bekalan lagi untukku bawa menghadapMu Ya Rabbi! " berilah aku sedikit masa. Aku ingin memohon maaf dari ibu dan ayah. aku banyak berdosa." hatiku merintih pilu. Mungkinkah hidayah-Mu Ya Allah, telah tiba, mengetuk pintu hatiku?


" Sampai bila lagi aku harus begini? Ya...foto bayi itu adalah aku. Aku yang dilahirkan oleh ibu setelah mengandungkan aku sembilan bulan sepuluh hari, dengan jerih perih melahirkan aku. Aku membandingkan tubuh kecilku saat itu. Kini aku telah remaja. Aku terlupa dari sekecil itu ibu dan ayah membelaku, tiba-tiba bila menjadi sebesar dan setinggi begini, aku menderhakai mereka.

" Ya Allah, ampunkanlah aku, rahmatilah aku, janganlah kau sesatkan aku bersama golongan yang sesat". Aku ingin kembali kepada fitrah asalku, bersih daripada noda dan dosa...sebersih bayi di dukungan ayahku itu........."

Labels:

Thursday, April 9, 2009

KEMANA HILANGNYA KASIH SAYANG


MENGAPA dunia hari ini begitu kacau? Mengapa penghuninya berbeda-beda dan berpecah belah dalam berbagai kelompok bangsa, negara, agama, bahasa, budaya, wama kulit dan taraf hidup? Sedangkan semuanya adalah manusia. Berasal dari Adam dan Hawa.

Mengapa manusia ini tidak berada dalarn keadaan berbaik-baik, saling kenal, berhubungan, mempunyai rasa bersarna, bekerjasama, bersatu dan hidup bagaikan saudara? Sedangkan perasaan dan keperluan mereka adalah sama.

Mengapa hubungan antara negara dengan negara dipisahkan oleh jurang yang cukup besar? Sehingga penuh ketegangan, curiga-mencurigai, krisis dan peperangan? Mengapa antara negara dengan negara terdapat dinding besi yang memutuskan hubungan dan sulit bagi penduduk untuk saling ziarah-menziarahi. Bahkan negara yang bertetangga pun saling tidak kenal-mengenal, bersengketa dan bermasalah. Sehingga rakyat antara dua negara yang bertetangga saling tidak tahu-menahu bahwa mereka punya tetangga yang banyak, yang juga manusia seperti mereka. Dan mengapa dalam satu negara pun manusia tidak merasa seperti berada dalam satu keluarga besar? Sedangkan pemimpinnya adalah satu dan negara itu milik bersama. Bahkan sebagian negara mempunyai bangsa, budaya, agama dan bahasa yang sama.

Kemanakah hilangnya rasa bersama dan sikap bekerjasama? Hingga hiduplah manusia nafsi-nafsi (individualis) tanpa mempedulikan dan tidak mahu tahu tentang saudara senegara yang lain.

Demikianlah manusia kehilangan panduan untuk bekerjasama, tolong menolong demi kesempurnaan dan keperluan hidup bersama diantara benua-benua, negara-negara dan individu-individu. Supaya masyarakat manusia berbeda dengan masyarakat hewan dan tumbuhan, dapat hidup penuh harmoni dan bahagia, mengecapi keselamatan dan keamanan sejagat!

Kunci dari perpaduan manusia sejagat adalah kasih sayang. Setiap orang ingin dikasihi. Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama dan warna kulit serta dimana saja dia berada, dengan berbagai taraf kedudukannya ditengah masyarakat, dia dilahirkan dengan sifat ingin dikasihi dan suka berkasih sayang. Kalau seseorang terasa diberi kasih sayang oleh orang lain, sekalipun orang itu bukan sebangsa dan seagama dengannya, dia akan suka, jatuh hati dan jinak dengan orang tersebut.

Seorang pemimpin yang sedang mengganas, kalau disiram dengan kasih sayang oleh rakyat dan pengikutnya, akan jadi jinak dan lunak. Seorang ayah yang liar, kalau diberi kasih sayang oleh anak-anak, akan malu, jinak dan berlemah lembut. Demikian rahasia manusia ini. Lahir bersama hati yang ingin dikasihi. Inilah yang dikatakan 'fitrah'. Kasih sayang akan mendekatkan benua dengan benua, negara dengan negara dan mengikat manusia menjadi bersaudara sekalipun berlainan bahasa, bangsa, agama, budaya, warna kulit, berlainan kedudukan dan lain-lain lagi. Rasa ingin dikasih dan cetusan kasih sayang yang demikian, yang ada dalam hati setiap makhluk yang dipanggil manusia ini, adalah rasa yang dibekal dan dianugerahkan oleh ALLAH sejak sesemang itu dilahirkan. ALLAH yang mencipta dan melahirkan manusia ke dunia, telah membekalkan kepada setiap manusia rasa kasih sayang tanpa perlu mempelajarinya, tanpa meminta dan tanpa diusahakan. Ia wujud bersama wujudnya manusia itu. Ia disebut dengan rasa fitrah. Semua manusia memilikinya, baik itu laki-laki atau perempuan, pemimpin atau pengikut,ibu bapak atau anak-anak, suami atau isteri, guru atau murid, tidak memandang bangsa atau agama sekalipun.

Melalui rasa menginginkan kasih sayang ini, manusia hakikatnya adalah sama dan satu. Rasa ingin disayangi itu adalah rasa sejagat. Ia meletakkan manusia sebaris dan tidak ada perbedaan. Jalinan rasa ini, kalau terjadi di antara sesama manusia, akan menjadikan manusia berpadu dan bertimbang rasa. Dan hal ini sepatutnya terjadi karena memang ia merupakan tuntutan dan keperluan setiap jiwa. ia adalah hak asasi batiniah manusia yang wajib ditunaikan. Tiada manusia yang tidak memerlukannya. Tanpanya, manusia akan hilang bahagia. Anak-anak hilang bahagia kalau tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapak. Demikian juga ibu bapak akan menderita kalau anak-anak tidak sayang pada mereka. Murid-murid tidak bahagia kalau guru tidak memberi kasih sayang. Sebaliknya guru menderita kalau murid-murid tidak menyayanginya. Isteri menderita kalau tidak disayangi oleh suami. Suarni menderita kalau isteri tidak sayang padanya. Seterusnya, pemimpin ingin disayangi, begitu juga pengikut. Kawan ingin dikasihi, demikian sebaliknya.

Pendeknya manusia ini, walau siapa pun dia, mengharap orang lain mengasihinya. Dia akan menjadi bahagia kalau disayangi. Sebaliknya dia akan menjadi hampa dan kekosongan jiwa kalau orang tidak mengasihinya. Tetapi sungguh malang sekali nasib manusia saat ini, karena meraka telah tidak mendapatkan apa yang diingini dan diperlukan selarna ini. Suami yang ingin dikasihi tidak mendapatkan kasih sayang dari isterinya. Demikian juga isteri tidak mendapat kasih dari suarni, karena suami dan isteri sama-sama tidak pandai memberi kasih walaupun kedua-duanya mengharapkan kasih antara satu sama lain.

Inilah penyakit manusia sedunia, yang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan gelisah, tegang, emosional dan kecewa hingga ada yang bunuh diri. Sekalipun dia orang kaya atau banyak ilmunya atau berpangkat tinggi, manusia mengharap dia dikasihi tetapi dia sendiri tidak pandai mengasihi orang lain hingga karena itu dia pun tidak dikasihi.

Bila sesorang itu melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa tersinggung maka kesannya orang lain juga turut tersinggung, hilang rasa simpati dan tidak menghargainya. Maka rasa sakit hati dan benci-membenci akan terjadi terus-menerus dan berkepanjangan. Hingga akhirnya, kasih sayang lenyap sama sekali.

Oleh itu, sangat penting sekali kita usahakan agar kita disayangi, sekaligus menyayangi. Kalau kita seorang anak, usahakan kita disayangi oleh ibu bapak. Kalau kita ibu bapak, usahakan anak-anak sayang pada kita. Dengan sebab itu akan wujudlah dalam satu rumah, orang tua sayang pada anak-anak dan anak-anak sayang pada orang tua. Kalau kita suami, usahakan agar isteri kita sayang pada kita. Kalau kita isteri, usahakan agar disayangi oleh suami. Kalau kita guru sekolah, usahakan agar disayangi murid-murid. Murid-murid pun usahakan agar guru menyayanginya. Pemimpin wajib mengusahakan agar pengikut kasih padanya. Pengikut pun mesti mencari jalan agar pemimpin mengasihinya.

Dalam satu kampung atau negeri terdapat masyarakat majmuk, supaya wujud perpaduan dm keamanan nasional, setiap bangsa sepatutnya mengusahakan agar disayangi oleh bangsa lain. Bila ada usaha dari setiap pihak untuk mengisi keperluan fitrah secara dua arah, maka masing-masing akan merasakan kesenangan dan ketenangan hidup. Dan sana akan timbul pula rasa bersama dan sikap bekerjasama. Maka akan terbinalah masyarakat dan tamadun (peradaban) yang selamat dan menyelamatkan, insya-ALLAH. Masyarakat yang saling berkasih sayang, tentu akan saling maaf memaafkan bila terjadi salah dan khilaf.

Kekhilafan masing-masing tidak diperpanjang, tidak dibesar-besarkan dan tidak menjadi satu masalah. Masing-masing akan bertenggang rasa, dapat berbagi rasa, bahkan sanggup untuk mengutamakan orang lain dari kepentingan sendiri. Krisis dan permusuhan kalaupun terjadi dalam masyarakat, sedikit sekali. Penyakit hasad dengki, jatuh-menjatuhkan, tekan-menekan, tipu-menipu, menganiaya, prasangka, kerusuhan, peperangan demi peperangan, insyaALLAH akan dapat diatasi atau setidak-tidaknya berkurang dengan adanya kasih sayang tersebut.

Itulah masyarakat aman, makmur dan harmoni yang kita idam-idamkan. Dalam A1 Quran, ALLAH menyebut:Negara yang amn makmur dun mendapat keampunan ALLAH. (Saba': 15)

Itulah dunia yang disebut Syurga. Yakni syurga sementara (Al jannatul 'ajilah). Kalau manusia berjaya membina syurga di dunia ini, ada harapan baginya untuk mampu mengusahakan Syurga selepas meninggal nanti. Sebab Syurga di Akhirat lebih susah lagi mendapatkanriya. Kalau syurga di dunia pun tidak diperoleh, jangan harap hendak mendapat Syurga di Akhirat nanti. Jadi sekarang mari kita fikirkan dan usahakan syurga dunia. Dunia hari ini belum lagi menjadi syurga bahkan hampir seperti neraka. Dunia dipenuhi cerita perang, pembunuhan, penindasan, penzaliman, kemungkaran, kemsuhan dan maksiat. Kebaikan kurang sekali, kasih sayang hampir tiada, manakala keadilan, keamanan, keselamatan dan kebahagiaan pupus. Itu bukan syurga namanya!

Jiwa manusia tersiksa karena tidak diberi makan. Tetapi kalau kemiskinan lahir saja yang dirisaukan sedangkan kelaparan jiwa tidak diatasi, maka terjadilah kehidupan yang tidak seimbang. Lahir dan batin tidak seiring atau sejalan lagi. Pada lahirnya manusia bergaul, bermasyarakat dan saling memerlukan tetapi hati mereka masing-masing kosong, berpecah-belah dan berburuk sangka, menyimpan dendam, dengki, benci, bakhil dan lain-lain.

Di dalam A1 Quran dinyatakan: Kamu lihat mereka bersatu padu tetapi hati mereka berpecah-belah. (A1 Hasyr 14)

Jadilah manusia bekerja tetapi dalam keadaan terpaksa, bergaul dan bermesra secara terpaksa, bertugas secara terpaksa, ikut aturan secara terpaksa. Lahirlah masyarakat yang hidup berpura-pura sebagai akibat dari sakit jiwa yang telah melanda kehidupan lahiriah manusia.

Bilamana manusia bekerja dengan terpaksa, hasilnya akan mengecewakan. Pembangunan dan kejayaan tinggal seruan kosong. Masing-masing memikirkan kepentingan sendiri yang tidak selesai-selesai hingga rakyat dan masyarakat terbiar tanpa perhatian dan pembelaan.

Itulah yang sedang terjadi sekarang. Menyedari hakikat itu, marilah kita semua berjuang dan berkorban untuk membina kembali kehidupan berkasih sayang. Mari kita renungkan mengapa orang tidak sayang pada kita dan kita pun tidak sayang pada orang lain. Mengapa orang marah pada kita dan kita pun marah pada orang lain? Mengapa orang benci pada kita dan kita pun benci pada orang lain? Bagaimana hendak memperjuangkan kasih sayang diantara sesama manusia? Kuncinya adalah memperjuangkan Tuhan sehingga Tuhan dijadikan tujuan, dicintai, ditakuti dan dirindui . Maka secara otomatik akan timbul kasih sayang diantara sesama manusia.

MEMILIH CALON PERMAISURI HATI


Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

"Robbana hab lana min Azwajina wa zuriatina qurata a'yun,wajaalna lilmutaqin na imama"

Tuesday, April 7, 2009

Ya ALLAH JAUHKAN DIRIKU DARI FITNAH


TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
http://www.iluvislam.com


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

"Semoga diri kita semua terselamat dari fitnah dan ikhlas dalam melakukan amal ibadah hanya semata-mata untuk Al-Kholiq...i.Allah"

Labels:

WAJIB BERDAKWAH WALAUPUN DIRI BELUM SEMPURNA

Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan
amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak
kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya
belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang
diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai
dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap
individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegaskan: “Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya.”

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang
berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud:

“Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ‘adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?’ Nabi menjawab,‘ya, apabila kekejian berleluasa.”

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

“Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim
dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.”

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

“Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada pada bahagian bawah,
apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, ‘alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan
dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas.’ Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat.”

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu-ilmu teras fardu ain wajib pelajari oleh setiap individu yang hendak berdakwah dan ilmu ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu kontemporari yang selari dengan ajaran Islam. Penguasaan ilmu memerlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk
itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan. Di dalam surah
al-Mukminun ayat 3 Allah berfinnan:

“Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi
perbuatan dan perkataan yang lagha.”

Istilah lagha mempunyai maksud tertentu. Imam Ibn Kathir mentafsirkannya sebagai, “segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik,
perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.”

Membuang masa pada perkara tidak berfaedah menjadi salah satu punca
kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam”. Beliau berkata: “Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri
nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan
kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi separah ini. Umat Islam bukan saja asyik membahaskan tentang sifat-sifat Allah, mereka juga asyik berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Semua ini
memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit... Hasil penemuan kaum
Muslimin sama ada dari sudut kuantiti ataupun kulitinya tidak mendatangkan apa-apa makna apabila dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas dan kelapan belas Masihi.” Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas. Hasilnya
adalah kejahilan dan kemunduran. Justeru, sudah sampai masanya bagi
umat Islam memfokuskan pada ilmu-ilmu penting demi masa depan umat yang gilang-gemilang.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa gelaran yang diberikan Allah kepada golongan berilmu sebagai lambang kemuliaan. Antara gelaran itu adalah rabbani. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah ali-Imran
ayat 79:

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmat dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan menyembah Allah’. Akan tetapi (dia
berkata): ‘Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani kerana kamu selalu mengajar al-Kitab dan disebabkan kamu terus mempelajarinya’ .”

Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata:
“Ayat ini merupakan dalil bahawa golongan rabbani adalah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil
ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya bagi
menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal.”

Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Di dalam kitab lhya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib dituntut oleh setiap
hamba Allah yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian. Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah atau tauhid bertujuan
memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta akhlak dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan diharamkan. Ilmu fardu kifayah adalah Ilmu yang wajib dikuasai umat Islam dalam bidang-bidang yang amat diperlukan
masyarakat. Namun, tidak semua individu Muslim dan Muslimah perlu
menceburi dalam bidang-bidang ini apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan.

Islam juga menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala teknologi yang perlu bagi menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu
kifayah yang disebutkan sebelum ini. Allah berfirman dalam surah
al-Anfal ayat 60:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.”

Umat Islam terdahulu benar-benar memahami dan menghayati ayat ini.
Contohnya, pada zaman khalifah Uthman, pada tahun 28 H bersarnaan
dengan 648 M, khalifah mengeluarkan arahan kepada Muawiyah supaya memberikan tumpuan
pada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari
tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima
armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahiriya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas armada Islam mengalahkannya dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Di samping itu, Islam juga menuntut umatnya mengenali jahiliah pada zaman mereka supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Khalifah
Omar al-Khattab mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau yang bermaksud:

“Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu dari diri
seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah.”

Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia termasuk dalam adat resam dan budaya bangsa Melayu. Sebahagian daripada adat resam dan budaya yang diamalkan pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul adalah kepercayaan yang tidak
bersandankan al-Quran dan Sunnah serta tidak dapat diterima akal yang waras. Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan yang mungkar lagi sesat. Kepercayaan ini menjadi pegangan segelintir umat Islam kesan daripada pengaruh budaya yang dibawa oleh penganut ajaran agama lain. Antara bentuk
khurafat dan tahayul yang dipegang adalah percaya kepada konsep sial
majal seperti sialnya bunyi burung hantu pada waktu siang, sialnya nombor 13 dan seumpamanya.

Di samping ilmu, pendakwah juga tidak boleh memperkecilkan keikhlasan, ibadah dan akhlak mulia kerana tanpanya dakwah akan gagal. Di dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah, Dr. Muhammad Jamil Ghazi menukilkan
perkataan Imam Sufyan at-Thauri berhubung dengan perkara ini yang
bermaksud:
“Janganlah seseorang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran melainkan jika ada padanya tiga ciri: 1. Berlemah lembut dengan apa yang diseru dan dicegah. 2. Adil dengan apa yang diseru dan dicegah. 3. Berilmu
berhubung apa yang diseru dan dicegah.”

Perkara yang sama juga ditekankan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau membahagikan persiapan umum
pendakwah kepada lima: “1: Ilmu. 2: Keikhlasan. 3: Kasih sayang dan kelembutan. 4: Kesabaran. 5: Mengamalkan apa yang disampaikan.”

Pendakwah yang asyik mengutuk dan mencanangkan kesalahan orang lain dan melupakan diri sendiri merupakan pendakwah yang terbabas danipada obor al-Quran dan Sunnah. Benarlah As-Syeikh Fathi Yakan semasa beliau berkata di dalam bukunya yang bertajuk Musykilat ad-Dakwah Wa ad-Daaiyah yang bermaksud:

“Seseorang pendakwah akan berada di dalam keadaan baik jika dia bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri walaupun musuhnya mempunyai kekuatan yang hebat.”


Sebenarnya, kenyataan seumpama ini pernah diucapkan oleh khalifah Omar al-Khattab suatu masa dahulu semasa beliau menyampaikan amanat kepada tentera-tentera Islam. Beliau berkata:

“Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang
dilakukan oleh tentera-tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan daripada Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh.... Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah.”

Hukum Berdakwah

Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas mulia
dan Allah mengamanahkan mereka supaya melaksanakan dakwah. Di dalam surah an-Nahl ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami utus bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, ‘sembahlah Allah dan jauhilah taghut’.”

Sesiapa yang melaksanakan tugas dakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33, yang bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah, serta beramal salih seraya berkata, ‘aku adalah dari kalangan orang-orang Muslim’.” Berhubung dengan ayat ini as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata: “Termasuk di dalam golongan ini adalah semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan mengikut Imam Ibn Kathir,
orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada yang makruf dan juga tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran.”

Oleh kerana dakwah adalah tugas yang mulia lagi penting, Allah
mengarahkan umat Islam melaksanakannya. Berhubung dengan ini, dalam surah ali-Imran ayat
110, Allah berfirman:

“Kamu adalah sebaikbaik umat yang dikeluarkan bagi manusia, kamu
mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran.”

Di dalam kitab Usul ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat ayat ini mempunyai dua penekanan. Pertama, Allah menjelaskan kebaikan umat ini dan kedua, kebaikan umat ini berkait rapat dengan pelaksanaan amar makruf
dan nahi mungkar. Berkaitan dengan ayat yang sama di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: “Barang siapa menepati sifat-sifat yang disebutkan dalam
ayat ini, dia tergolong dalam golongan umat terbaik.”

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf serta nahi mungkar. Makruf bermaksud perkara yang baik mengikut pandangan syarak dan akal, manakala mungkar bermaksud perkara yang berlawanan dengan segala yang
makruf sebagai contoh, meninggalkan amalan fardu ataupun melakukan perbuatan haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun dosa besar.

Salah satu golongan yang mendapat kutukan daripada Allah kerana gagal melaksanakan dakwah adalah golongan Bani Israel. Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

“Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan
Daud dan Isa putera Maryam. Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di
kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah mereka
lakukan.”

Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

“Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, ‘wahai pulan, tinggalkanlah apa yang sedang
kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu’. Kemudian pada keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah mi).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.

Secara dasarnya, hukum berdakwah dengan lisan dan tangan adalah wajib kecuali dalam situasi tertentu. Di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan:
“Apabila dikhuatiri harta benda dan diri seseorang akan ditimpa
kebinasaan, harus bagi seseorang itu sekadar melawan dengan hatinya sahaja. Jika kekhuatiran ini tidak wujud, dia diwajibkan berdakwah, walaupun dia belum mengamalkan apa yang diserukannya ataupun dia menyedari seruannya tidak akan
diterima.”

Sehubungan dengan ini, Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin
menyenaraikan empat keadaan yang mungkin ditempuhi pendakwah.

1. Tidak wajib berdakwah
Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dan berkemungkinan dia akan dipukul, dicederakan atau dibunuh. Dalam suasana seperti ini, tidak wajib baginya melaksanakan dakwah.

2. Wajib berdakwah Pendakwah menyedari dakwahnya boleh menyebabkan kemungkaran tercegah
dan tidak ada sesiapa pun yang berani melakukan sebarang tindak balas ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, dia wajib melaksanakan dakwah.

3. Sunat berdakwah 1 Pendakwah menyedari dakwahnya tidak akan mendatangkan sebarang kesan positif dan dia sanggup memikul sebarang risiko yang mungkin menimpa ke atas dirinya. Dalam situasi seperti ini, dia disunatkan menyampaikan dakwah
tetapi tidak diwajibkan ke atasnya.

4. Sunat berdakwah 2 Pendakwah menyedari dakwahnya akan memudaratkan dirinya tetapi jika
dilakukan juga ia dapat mencegah kebatilan yang sedang berlaku. Dalam keadaan seperti ini, dakwah disunatkan ke atasnya.

Dalam memperincikan perkara ini, as-Syeikh Said Hawa di dalam Jundullah Jihad Fi Sabilillah berkata: “Contoh-contoh keadaan bahaya atau mudarat yang dikira sebagai alasan yang sah untuk tidak melaksanakan amar makruf dan
nahi mungkar ialah dipukul dengan teruk, dimusnahkan rumah dan tempat tinggalnya, diambil segala harta bendanya dan yang seumpamanya. Jika kemudaratan
yang akan menimpanya hanyalah dalam bentuk dihina, caci, maki, kutuk, perli, sindir dan sebagainya, kewajipan berdakwah tetap dibebankan ke atasnya
kerana Allah mengarahkan agar kita bersabar ketika melaksanakan
kerja-kerja dakwah.”

Bagi individu yang sanggup menanggung sebarang risiko, syariat Islam mengizinkannya melaksanakan dakwah walaupun dia mungkin dibunuh. Walau bagaimanapun, kesanggupannya untuk berkorban perlu juga diimbangi
dengan hasil yang bakal diperolehi supaya pengorbanannya tidak dilakukan secara semberono yang bakal merugikan perjuangan. Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya
menjelaskan:

“Disebutkan dalam kitab Sharh al-Siyar diizinkan seseorang mencegah
bidaah dan kemungkaran walaupun besar kemungkinan dia akan dibunuh, dicederakan ataupun dikalahkan kerana ada di kalangan sahabat nabi yang melakukannya
pada zaman Rasulullah dan baginda memuji mereka. Walau bagaimanapun,
apabila individu itu mengetahui dia tidak akan dapat mengalahkan musuhnya dan penentangan yang akan dilakukannya tidak akan mendatangkan sebarang kemuliaan bagi agama, dia tidak diizinkan melakukan pencegahan itu secara
individu.”

Dalam berdakwah, setiap pendakwah perlu mengetahui isu-isu semasa bagi menangkis keraguan-keraguan yang timbul

sumber : abuhandzalah weblog

~PoStInG NuRzAiTiHaMdAn dI hAlAqAh.NeT/v1~

Labels:

Sunday, April 5, 2009

salah siapa??


Get your own Poll!


ayuh bersama cerna minda, komen sikit..

Labels: