MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Sunday, March 29, 2009

warkah dari kekasih..

Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini.....

Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan baba mereka.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid....

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dn istikharahy...InsyaAllah inilah pencarian kita...

"robanahablani min azwajina wazuriyatina qurratu a'yun wajaalna lilmutaqina imama"

Labels:

Sunday, March 22, 2009

IstAnA kEjayAan


Kelu lidahku tatkala melihat rumah yang didiami oleh pelajar cemerlang SPM 2009 Nik Nur Madihah yang telah dimumkan baru-baru ini,jiwaku seakan terpukul kerana selama ini aku tidak menggunakan sebaik mungkin nikmat kesenangan yang dikurniakan kepadaku untuk terus meninba ilmu pengetahuan.Bertubi-tubi soalan menyerang benak fikiranku,bagaiamna beliau boleh belajar dalam kondusif suasana begitu?tidakah beliau merasa malu atau tertekan dengan keadaan rumah begitu, tetapi semua itu tidak mustahil bagi insan yang telah menyerahkan jiwa raga kepada al-Kholiq.

Disini aku cuba ingin membawa pembaca semua merenung kembali diri kita yang dhoif lagi hina ini.Sudahkah kita bersyukur dengan segala nikmat kesenangan yang kita miliki?adakah kita telah menggunakan sebaik mungkin nikmat yang telah dikurniakan?andai ditakdirkan kita berada di tempat adik Madihah,adakah kita akan berjaya sepertinya dengan keadaan rumah yang mungkin dhoif bagi kita?jawapan terletak pada tangan sahabat-sahabat semua.........

Sekalung penghargaan dan tahniah buat adik Madihah yang telah menjadi ikon pelajar cemerlang Kelantan,walaupun dididik di sekolah kerajaan negeri yang boleh dikatakan serba kekurangan jika dibanding dengan sekolah bantuan penuh kerajaan perseketuan namun beliau telah membuktikan pelajar aliran agama yang sering kali di pandang lekeh oleh segelintir golongan mampu untuk terus bersaing baik dari segi akedemik dan
sebagainya.

Kepada sahabat seperjuangan sekalian,kejayaan adik Madihah yang memperoleh 20A dalam SPM(19A1 1A2) telah membuka mata kita semua bahawa bukan satu yang mustahil untuk kita gapai kejayaan walau dalam apa kua pun situasi kita,tetapi asas yang paling penting dalam kejayaan adalah pergantungan yang utuh pada AL-Kholiq.oleh itu,sama-samalah kita terus mengali ilmu Allah yang ada dimuka bumi ini umtuk kita sama-sama besatu hati,berganding bahu demi menegakkan daulah Islam di negara kita.

"cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-bail pelindung"

Labels:

Monday, March 9, 2009

Boleh ke Sambut Maulidurrasul?


Alhamdulillah..Dengan kuasa Allah kita masih lagi dapat menyedut oksigen, anugerah-Nya yang sentiasa digunakan tapi sering dilupakan. Itu hanya secebis kurniaan-Nya buat kita. Belum lagi dihitung tentang nikmat iman dan Islam yang tidak semua manusia dapat kecapinya. Alhamdulillah..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan mulia Muhammad s.a.w.. Saya yakin, semua orang akan ingat akan tarikh 12 rabiul 'awal. Tak kisah la ingat kerana cuti umum atau menyambut Maulid Nabi.

Hari ini (12 rabiul 'awal) diadakan sambutan maulidurrasul di seluruh negara samada peringkat negeri mahupun kebangsaan. Pelbagai aktiviti diadakan, nasyid, sajak, berarak sambil berselawat serta banyak lagi. Tema pada tahun ini juga menarik, "keunggulan ilmu teras kegemilangan ummah".

Masjid-masjid juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program untuk menyambut hari bersejarah ini. Marhaban, berzanji, selawat, tahlil, forum serta banyak lagi.

Alhamdulillah.. Moga-moga segala program yang dijalankan berlandaskan hati yang cinta dan rindu kepada Rasulullah, bukan hanya mengikut budaya setempat atau adat semata-mata.

Saya tidak ingin mengulas apa-apa, hanya sekadar memberi peringatan buat diri. Tidak kisah la cara macam mana sekalipun, program apa yang kita anjur atau ikuti, yang penting tidak melanggar syariat dan tidak lari dari tujuan sebenar. Sambutan hanya wasilah untuk menunjukkan cinta kita buat baginda, bukan kerana orang sebelum kita telah menyambutnya.

Kecintaan hakiki ialah dengan megikuti sunnah baginda dengan menyeluruh. Mengingati baginda dalam setiap ketika dan keadaan. Memperjuangkan apa yang telah ditinggalkan.

YA, PERJUANGAN ISLAM ADALAH WARISAN BAGINDA, MENENTANG PERJUANGAN ISLAM UMPAMA MENENTANG BAGINDA..!!

Labels: