MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Monday, March 9, 2009

Boleh ke Sambut Maulidurrasul?


Alhamdulillah..Dengan kuasa Allah kita masih lagi dapat menyedut oksigen, anugerah-Nya yang sentiasa digunakan tapi sering dilupakan. Itu hanya secebis kurniaan-Nya buat kita. Belum lagi dihitung tentang nikmat iman dan Islam yang tidak semua manusia dapat kecapinya. Alhamdulillah..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan mulia Muhammad s.a.w.. Saya yakin, semua orang akan ingat akan tarikh 12 rabiul 'awal. Tak kisah la ingat kerana cuti umum atau menyambut Maulid Nabi.

Hari ini (12 rabiul 'awal) diadakan sambutan maulidurrasul di seluruh negara samada peringkat negeri mahupun kebangsaan. Pelbagai aktiviti diadakan, nasyid, sajak, berarak sambil berselawat serta banyak lagi. Tema pada tahun ini juga menarik, "keunggulan ilmu teras kegemilangan ummah".

Masjid-masjid juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program untuk menyambut hari bersejarah ini. Marhaban, berzanji, selawat, tahlil, forum serta banyak lagi.

Alhamdulillah.. Moga-moga segala program yang dijalankan berlandaskan hati yang cinta dan rindu kepada Rasulullah, bukan hanya mengikut budaya setempat atau adat semata-mata.

Saya tidak ingin mengulas apa-apa, hanya sekadar memberi peringatan buat diri. Tidak kisah la cara macam mana sekalipun, program apa yang kita anjur atau ikuti, yang penting tidak melanggar syariat dan tidak lari dari tujuan sebenar. Sambutan hanya wasilah untuk menunjukkan cinta kita buat baginda, bukan kerana orang sebelum kita telah menyambutnya.

Kecintaan hakiki ialah dengan megikuti sunnah baginda dengan menyeluruh. Mengingati baginda dalam setiap ketika dan keadaan. Memperjuangkan apa yang telah ditinggalkan.

YA, PERJUANGAN ISLAM ADALAH WARISAN BAGINDA, MENENTANG PERJUANGAN ISLAM UMPAMA MENENTANG BAGINDA..!!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home