MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Friday, February 13, 2009

Jom sambut valentine day.

Valentine Day. Apa tu? Aah, tipulah kalau korang tak tahu. 14 Febuari setiap tahun, tarikh keramat yang sentiasa di tunggu saban tahun. Saya pun tertunggu-tunggu tarikh ni. Di kedai-kedai sudah meriah dengan pelbagai promosi, coklat, ros merah dan seumpamanya.

Apa yang kita tahu tentang Valentine Day?

keluar dating.

bagi hadiah, bunga, coklat kat pasangan.

mencari pasangan (bagi yang masih/sudah solo)

tapi tak ramai pun wanita yang sedar bahawa mereka bakal kehilangan dara pada 14 Feb.

Berapa kerat je mak bapak yang ambil peduli aktiviti-aktiviti anak-anak mereka pada hari tu.

Habis tu tak boleh sambut la?

Ya..ada beberapa sebab:-
  • Seperti diceritakan satu lagenda pada abad ketiga Rom berkenaan seorang paderi St. Valentine semasa pemerintahan kerajaan Cladius II. St. Valentine yang menentang raja Cladius II dengan meluluskan perkahwinan untuk pecinta-pecinta muda secara sulit yang pada ketika itu dilarang oleh raja Cladius II atas alasan pemuda Rom tidak dibenarkan berkahwin muda kerana perlu komit menjadi askar Rom yang berkualiti. St. Valentine ditangakap dan dihukum gantung pada tanggal 14 Februari 269 Masihi.
  • Juga terdapat versi cerita brbeza ketika pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom lebih cenderung menyembah dewa-dewi dan menolak ajaran Kristian. Dengan itu para mubaligh dan penganut kristian dipenjarakan dan disiksa. St. Valentine yang turut dipenjara menyebarkan agama Kristian pada banduan-banduan dana membantu mereka melarikan diri dari penjara itu. Akibat dari itu Valentine disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Maka 14 Februari diambil hari memperingati pengorbanan St. Valentine terhadap agamanya.
  • Selain itu Lupercalia iaitu berkaitan dengan ritual kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian. Ia adalah upacara penyucian diri berlangsung dari 13 Februari sehingga 18 Februari yang berkenaan penyembahan dewi cinta Juno Februata. Upacara enam hari ini berlangsung dengan beberapa ritual seperti seks bebas, korban anjing dan kambing, perarakan dan sebagainya.
  • Terdapat juga pendapat mengenai Hari Valentine diraikan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492 dan St. Valentine merupakan individu penting dalam kejatuhan itu. Kerana itu St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

Tak kisah la yang mana sahih yang mana palsu. Mungkin juga semuanya betul. Pokok pangkalnya sambutan ini jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Faedah dari segi kemanusiaan
juga langsung tiada. Yang wujud hanya satu isme dan pelakuan yang menyeleweng dan punah.

Tahniah kepada pejuang kristian kerana anda telah berjaya menanam satu pemahaman yang menguntungkan nafsu, merosakkan aqidah dan meruntuhkan nilai-nilai akhlak Islam.

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia
termasuk dalam golongan tersebut.
"

(hadis riwayat imam abu dawud)

Kerana
cinta ranap Kerajaan Islam Sepanyol. Ya, kerana cinta. Bukan ingin melawan fitrah tapi cuba untuk membaiki persepsi kita bagi mengelak fitnah.

Sedarlah wahai saudaraku, umat Islam sekarang hanya menjadi mangsa, diperbodoh, dihina. Bagi mereka kita hanya hamba. Hamba kepada pemikiran-pemikiran mereka yang terang-terangan terpesong. Namun kita masih bangga mendabik dada magikut mereka.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home