MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Friday, January 30, 2009

mAsA hIdUp jAnGan dIpErsIa-sIaKan

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Demi sesungguhnya engkau ang lanjut usia atau muda beliawahai Muhammad akan dapati mereka itu seloba-loba manusia kepada hidup( yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu)melebihi loba orang orang kafir musyrik.Tiap-tiap seorang dari mereka suka sekiranya ia boleh hidup beribu tahun padahal umur panjang yang demikian tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah).dan ingatlah allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
surah al-baqarah:96


masa berlalu tanpa kita sedari dan setiap detik bertambahlah usi kita.Sedangkan perjalanan usia akan sampai ke satu saat akhir yang pasti.Warna-warna keindahan dan keasyikan sering membuat manusia berimpian untuk hidup seribu tahun lagi.sedangkan usi yang panjang itu merupakan pemberian Allah SWT yang sewajarnya diisi dengan amal makruf dan kebajikan pada setiap kesempatan dan ruang kehidupan tersebut.Sebaliknya bagi yang lanjut usia atau muda belia sekiranya sepanjang hidupnya diisi dengan amalan sia-sia dan maksiat maka nantikanlah azab seksa yang dijanjikan allah SWT.Usia yang ada perlu digunakan untuk menuntut ilmu dan melakuakn sebanyak-banyaknya kebaikan yang memberi manfaat kepada manusia.Amal kebajikan tidak sewajarnya ditangguh-tangguhkan perlaksanaanya.Ini kerana apabila nyawa sudah dihujung halkum maka sia-sia sahajalah segala harta kekayaan jika tidak digunakan untuk perkara kebaikan.lakukanlah amal kebajikan sementara badan masih sihat dan umur masih panjang kerana ajal maut di tangan Tuhan dan tiada siapa yang tahu adakah ia akan hidup lagi keesokan hari atau berada di alam yang lain......

oleh itu kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah mengisi hidup kita semua dan memanfaatkan usia kita dengan amalan kebaikan dan menjauhi larangan Allah SWT.Sesungguhnya antara perkara yang akan dipersoalkan sesudah mati ialah masa hidup yang dihabiskan untuk tujuan apa....
jadi sudah cukupkah bekalan kita untuk menghadapi saat sakarotul maut???
hasibu qobla an tuhasibu

1 Comments:

Blogger Sabrina said...

ya ALLAH,,
ampuni aku yg byk berdose ini...

February 3, 2009 at 12:15 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home