MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Friday, January 30, 2009

GERHANA SKA CINTA

Minggu lalu, tanggal 26 januari 2009 beberapa tempat di negara kita telah disajikan dengan fenomena gerhana matahari. ianya berlaku kira-kira pada jam 4.30-5.00 petang. Mungkin ini perkara biasa.
Ayuh kita imbau sirah Rasulullah,ketika hayat baginda, peristiwa gerhana matahari berlaku sekali sahaja iaitu pada tahun ke sepuluh hijrah dan pada hari itu juga putera baginda wafat. Ketika berlaku kejadian tersebut, baginda terus bergegas ke masjid sehinggakan terambil kain isterinya. Imam Muslim memberi tafsiran bahawa Rasulullah ingin ke masjid dengan segera. Hal ini kerana sifat takut kepada Allah yang sangat.
Peristiwa gerhana samada matahari ataupun bulan adalah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Azzawajalla. Ia juga satu teguran ALJABBAR kepada hambanya yang sentiasa leka dengan maksiat dan tenggelam dalam nikmat dunia. Masyarakat kini mentafsirkan segala teguran-teguran serta bala dari Allah sebagai lumrah alam tanpa mengaitkan dengan kemaksiatan yang mereka lakukan.

" Telah nyata kemusnahan di darat dan lautan akibat tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepadamereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Renunglah kembali segala kemusnahan, bencana alam dan seumpamanya yang telah berlaku adalah dari perbuatan kita yang zalim. Jangan hanya menuding jari tapi renunglah ke dalam sanubari, renunglah dengan mata hati, moga masih diberi kesempatan dari Rabbi....

Di bawah adalah antara respon-respon yang biasa dalam masyarakat kini apabila berlaku sesuatu bencana atau gerhana :-

  • Subhanallah...terus istighfar dan kembali kepada Allah.
  • oo, biasa ler tu..dah banyak kali berlaku.
  • eh, ye ke? tak tahu la pulak.
  • lantaklah,bukan saudara aku pun.
  • padan muka..!!
Agak-agak yang mana satu ye respon kita???

Labels:

1 Comments:

Blogger fateamah mohdsalleh said...

g dop maye sunat gerhana d pondok aitu..?

January 31, 2009 at 4:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home