MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Friday, February 27, 2009

Zionis takkan KALAH..!!


Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi atau sengaja melakukan provokasi untuk menarik peminat. Tetapi apa yang ingin saya utarakan ini adalah bertunjangkan kebenaran al-Quran. Ya, kini Islam dihina, ditindas, dianiaya dan seumpamanya. Bilakah noktahnya?

Zionis takkan kalah! Satu ungkapan gila dan bacul. Tapi itulah hakikat yang sedang kita telan. Telan tanpa sedar. Kita melaungkan slogan anti-zionis, berkempen boikot yahudi, lantang berdemontrasi dan rapat umum, sumbangan dan derma serta munujat serta doa hingga siang malam. Tapi mengapa masih belum muncul pembebasan buat rakyat Islam Palestin? Tak pernah ke kita koreksi diri?

Ya, Allah s.w.t. menjanjikan kemenangan buat mereka yang berjihad di jalan-Nya serta kehancuran buat musuh-musuh serta pengkhianat agama. Namun, kemenangan itu bersyarat dan tidak percuma lagi mudah.

Peperangan antara umat Islam dengan zionis dan sekutu umpama pertembungan mimpi dengan realiti. An-Nadwi pernah memberi analogi mudah, patung seorang pahlawan yang besar dan seekor burung yang kecil. Pahlawan yang mana masa hidupnya digeruni lawan dan disegani lawan, gagah lagi berani tewas dan tidak mampu berbuat apa-apa dengan burung yang saiznya segenggam cuma tika burung itu bertenggek dan berak di atas kepalanya. Mengapa patung yang besar lagi kukuh itu tidak mampu berbuat apa-apa? Mengapa 'pahlawan yang gagah' itu hanya kaku dan menmbiarkan saja?

Pahlawan itu tewas kerana dia hanya patung, sekadar sejarah, cuma mimpi dan ilusi. Dan burung yang kecil itu mendapat 'kemenangan' kerana ianya nyata, realiti dan bukan mimpi.

Itulah fitrah dan sunnah. Realiti sentiasa akan mengatasi mimpi.

Kita tinjau kehidupan zionis atau yahudi sekarang. Mereka menepati ciri-ciri yahudi dan musuh Islam yang termaktub dalam al-Quran. Memang mereka sangat kejam, zalim, tidak mengaku dan tunduk pada Islam, melakukan kerosakan dan banyak lagi. Semua itu menepati ciri-ciri yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Quran itu benar dan relevan sepangjang zaman. Atau dengan kata lain mereka berada di dunia realiti.

Namun lihat pula keadaan umat Islam dan orang-orang beriman. Dalam al-Quranh dinyatakan syarat umat Islam memperoleh kemenangan ialah dengan bersatu, berganding bahu, memiliki keimanan yang mantap dan seumpamanya. Sifat orang Islam yang hakiki langsung tidak ada pada kita yang kononnya berjuang untuk Islam ini. Mu'min hakiki itu solatnya khusu', meniggalkan segala perkara-perkara mahsiat dan melalaikan, menunaikan zakat, menjaga kemaluan, menundukkan pandangan, kuat terhadap musuh, tidak menjadi pengkhianat dan seumpamanya. Memang banyak sifat-sifat orang nu'min yang tercatit dalam kalamullah namun hanya berapa kerat saja yang betul-betul mengaplikasi dalam diri dan kehidupan. Terbuktilah bahawa umat Islam hanya berada di dalam dunia fantasi.

Realiti sentiasa akan mengalahkan fantasi.
Zionis realiti vs Islam fantasi.
Kristian nyata vs Islam maya.

Ingat, kemenangan yang Allah janjikan itu bersyarat. Zionis takkan kalah selagi kita belum tewaskan nafsu kita sendiri.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home