MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Saturday, May 16, 2009

Puisi : Guru Oh Guru



Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.



Khas buat insan yang bergelar GURU...
paling utama selawat serta salam yang berkekalan untuk penghulu segala guru, Rasulullah s.a.w.

Labels:

Friday, May 8, 2009

PeRMaSaLAhAn WaNItA


Assalamualaikum...

Mengetahui hukum hakam mengenai haidh adalah fardhu ain bagi setiap wanita islam.Ianya wajib dipelajari walaupun terpaksa keluar untuk mempelajarinye...

Al khatib al-Syirbini berkata:"Seseorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan haidh,isthihadah dan nifas.Jika si suami mengetahuinya,die wajib mengajar isterinye.Jika si suami tidak mampu menerangkan hukum hakam berkenaan haidh maka isteri boleh keluar untuk bertanyakan ulama.Malahan ia wajib keluar dan haram bagi suami menghalangnye keluar kecuali jika suami mampu menberikan jawapan apabila ditanya,maka memadailah dengan jawapan si suami Perempuan tidak boleh keluar untuk menghadari majlis ilmu atau majlis zikir kecuali dengan izin suaminye"....

Bila baca kata2 nie ana rase terpanggil tuk berkongsi dengan sahabat2 sume berkaitan ngan masalah wanita walaupun diri ini agak malu untuk mengetengahkan hal yang berkait rapat dengan diri kita setiap bulan.Tetapi tiade istilah malu dalam menuntut ilmu.Tambahan pula ilmu ini wajib dipelajari sameada bagi kaum hawa mahupun adam kerana bagi kaum adam mereka wajib untuk mengajarkanye kepada zaujah dan anak2 perempuan mereka nanti.Maka bekalkan diri anda sebaik mungkin.tetapi!!!jangan salah guna ilmu yang kita dapt.IKHLASKAN HATI DALAM MENCARI ILMU ALLAH

Disini ana gunakan konsep soal jawab sebagaimana yang telah ana baca dalam buku FIQH WANITA MODEN.Semoga ianya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam untuk kita semua.

1)Apakah pengertian haidh?
Dari segi bahasa: turun sesuatu secara mengalir
Istilah: darah yang keluar dari rahim wanita yang sudah baligh kerana fitrah semulajadi kejadianye bukan kerana penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud:mereka bertanya kepadamu tentang haidh.Katakanlah:"haidh itu adalah suatu kotoran"
ianya dinamakan sebagai kotoran kerana warnanye yang kotor,baunye yang busuk dan boleh mendatangkan kemudharatan.

2)Adakah haidh berlaku pada haiwan?
Ya,terdapat haiwan yang mempunyai haidh iaitu arnab,dubuk,kelawar,unta ,anjing,cicak,kuda dan lain-lain.

3)Bagaimanakh dengan wanita yang bencikan kedatangan haidh?
Seseorang wanita yang benci dengan kedatangan haidh pada dirinya adalah berdosa.Ia dianggap cetek ilmu pengetahuan. Sebenarnye kedatangan haidh menandakan kesuburan organ peranakan wanita,ia amat penting bagi setiap wanita.Tanpa kedatangan haidh mungkin organ peranakan bermasalah dan mungkin menandakan ia mandul oleh itu kaum wanita mestilah redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT sabda Rasulullah SAW: "sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada perempuan-perempuan keturunan Adam"

4)Kenapakah ada wanita yang merasa sakit ketika kedatangan haidh?
Rasa sakit kedatangan haidh adalah biase terutamanye dalam kalangan wanita yang belum berkahwin.Kebiasaan ini akan hilang apabila meningkat usia lebih kurang 25 tahun.

5)Apakah warna darah haidh?
Dalam satu hadith riwayat Abu Daud-al-Nasa'ie dan al-Hakim menyatakan darah haidh berwarna hitam hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW: sesungguhnya darah haidh itu ialah darah hitam yang diketahui(warna dan baunye)
menurut Ulama mazhab Syafie pula terdapat 5 warna darah haidh iaitu:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. kuning kemerahan
  5. kuning keputihan
manakala menurut pendapat mazhab Hanafi terdapat 6 warna:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. keruh
  5. hijau
  6. warna seperti tanah

6)Apakah ciri2 darah haidh?
Nabi SAw menyifatkan ciri-ciri darah2 haidh adalah seperti berikut:
  • keadaanye pekat dan keluar berbuku-buku
  • ianya terasa hangat kerana kepanasan darah tersebut
  • ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir sebagai cairan yang biasa mengalir
  • mempunyai bau yang busuk dengan warnanye yang hitam dan sanagt merah
Setakat ini sahaja untuk kali ini,mata pun dah berat untuk meneruskan persoalan2 yang berkaitan dengan masalah ini.I.Allah jika diberi kesempatan olehNYE ana akan sambung pada entri yng akn datang,semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat memberi banyak manfaat tuk kite semua untuk terus mencari mardhotillah dan menjadi mukmin yang sebenar-benarnye mukmin..I.Allah..Kepada sahabat2 yg ade sebarang kemusykilan berkaetan dengn masalh ini boleh la mengutarakanya..I.Allah ana akn cube tuk menjawabnye..syukran

Wassalam

CANTIKNYE WANITA


Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Dah lame rasenye tak menekan keyboard tuk berkongsi ngn sahabat2 sume dek kesibukan dunia yang seringkali menghambat..benarlah sebagaimane maksud ayat surah al-Asr"

"Demi masa.sesungguhnya manusia dalam kerugian,melainkan mereka yang yang beriman
dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

kali nie ana nak kongsi kata2 sal muslimat ngan sahabat2 sume.Memang fitrah wanita paling suke law orang puji die cantik, sampai ada yang tersenyum keseorangan dek teringat pujian yg die dapat tue tambah2 law dari buah ati pengarang jantung yang tersayang...rase bangga mengatasi segala2nye....tapi sedarkah kita dari sudut manakah kecantikan kita yang dimaksudkan???


cantik seorang wanita itu sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
bibir memekar senyuman kosmetik
cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulitnye yang putih gebu terdedah
cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak pade menjerat diri terhadap kederhakaan

cantik wanita itu sebagai isteri
menempuh badai disisi suami
cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persengketaan ipai-duai
cantik seorang wanita sebagai ibu
mendodoi anak tatkala suami lena menjalin mimpi

cantik seorang wanita sebagai nenek
menyaring teladan para anbia buat cucu cicit...

"WANITA MEMANG CANTIK"

sabda Rasulullah SAW: "sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"

cantik wanita kerana kejernihan wajah
manis wanita kerana senyuman
indah
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
hebat wanita kerana kesabaran
mulia wanita kerana keimanan yang teguh




Tuesday, May 5, 2009

kaLaM bAkAl pEndIDik

Institut Pendidikan Guru

Kami sentiasa bersedia

Menjulang etika kerja

Berkorban jiwa raga

Menjunjung aspirasi

Bangsa negara tercinta


Berwibawa ,berintegriti

Keunggulan peribadi

Berteraskan keimanan

Mendidik anak bangsa


Kami bangga menjadi guru

Kerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmu

Bakti setulus hati nan budi......


IPG Malaysia berikrar

Membentuk guru berkualiti

Penyayang,berakhlak mulia

Mendukung visi misi IPG(2X)



Saban hari lagu ini sering dilaungkan di setiap kampus IPGM seluruh negara..semangat memang berkobar-kobar time nyayi lagu nie..bergema satu dewan...

Tapi tanpa kita semua sedari banyak perjanjian kita laungkan dalam lagu tersebut,1st time ana dengar lagu nie terus jatuh hati dengan liriknye yang sungguh menarik dan menaikkan semangat untuk menjadi seorang guru.....

Tetapi bila difikir balik,tergenang mutiara jernih di kaca mata dek kebimbangn amanah yang bakal di pikul oleh insan yang bakal bergelar murobbi,mualim,muadib jika diizinkan Allah satu hari nanti...


Ape yang ana nak utarakan disini ialah adakah kita sudah bersedia untuk mendidik anak bangsa seperti rangkap kata yang kita laungkan setiap hari?sudah mantapkah diri kita untuk menjadi pendidik?tugas untuk mengajar anak bangsa bukan satu tugas yang enteng.Ikhlaskah diri kita untuk bergelar seorang pendidik?adakah kita masuk IPGM sekadar tuk dpat elaun dan tup2 bile keluar peluang kerja dah depan mata.....andai pernh terlintas dibenak kita semua same2kita ikhlaskan niat dsan betulkan matlamnat kita untuk menjadi seorang pendidik..

Sahabat2,ana menyeru diri ana yang dhoif dan sahabat2 semua same2 kita upgrade diri kite tuk menjadi bakal pendidik yang CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG di Dunia dan Akhirat..i.Allah

Kita adalah bakal pencorak generasi akn datang walaupun kita mengajar sekolah rendah.Tetapi tugas kita lagi besar kerana mereka ibarat kain putih yang bersih lagi suci,kita yang bakal melakarkan kanvas yang indah atau sebaliknya buat diri mreka..
jadi ayuh sahabat semua kita lakarkan dulu lakaran yang terindah terhadap diri kita sebelum kita melakarkan di atas kain yang suci nanti....