MENITI SENJA....

aku hanya hamba,menanti alam yang gelita,namun bagilah peluang untukku bersuara.

Sunday, February 1, 2009

Rihanna live in KL..

Ayuh geng, kita hangatkan KL dengan konsert Rihanna, kita gegarkan Stadium Putra Bukit Jalil dengan teriakan dan pekikan. Jom bergelek dengan lagu Umbrela dan Bad Girl. Kita lompat, dan lompat. Harap korang tak lepaskan peluang ni. Bagi aku memang rugi ler siapa yang tak pergi, bukan mudah tau dia nak datang, korang ingat senang ke nak anjur konsert kat negara Islam saperti Malaysia ni. Harap korang tak kecewakan harapan artis kesayangan korang tu. Penganjur dah banyak berkorban masa dan kewangan. Harap kita sama-sama menggegarkan dan jadikannya antara konsert paling hangat tahun ni. Jom, terutamanya remaja-remaja, masanya telah tiba. Jangan lupa tau, 13 Febuari, minggu depan.
Berhenti sekejap fikirkan konflik di Gaza. Bukannya keluarga atau saudara kita pun yang disembelih rejim Zionis. Bukan banglo kita pun yang terkena bom fostforus buatan Amerika Syarikat. Mereka tiada kaitan langsung pun dengan kita di Malaysia. Syukurlah mereka di sana kita telah menderma. Aku pun dah derma, cukupla tu. kita derma kat Rihanna pulak.
Lupakan sekejap tentang umat Islam di Darfur maupun Somalia. Mereka juga tiada pertalian sausara dan tidak kena mengena pun dengan kita. Mereka masing-masing sudah ada kerajaan. Yang mati kebulur tu bukan kawan kita pun. Yang penting kita di Malaysia aman dan masih dapat ketawa.
Terima kasih kepada penganjur dan kerajaan Malaysia kerana meluluskan pemikiran dan budaya dari barat masuk ke Malaysiaku tercinta. Terima kasih kerana sanggup membayar puluhan ribu ringgit kepada artis yang menetap di AS tu. Kita sama-sama tolong diorang hancurkan Palestin. Terima kasih juga kerana menghidangkan dan mendidik generasi pelapis negara dengan pelbagai budaya songsang lagi sesat.
Saya menyeru kepada para remaja dan seluruh umat manusia terutamanya yang bergelar MUSLIM supaya sedar dan kembali bangkit. Keadaan kita di Malaysia sebenarnya lebih teruk dari apa yang menimpa umat Islam Palestin. Konsert Rihanna umpama bom fostforus yang akan menghakis aqidah umat Islam di Malaysia. tidak guna kita memboikot produk buatan AS dan sekutunya jika kita tidak menentang segala bentuk serangan terhadap isme umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya.
Maaf, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka yang tidak memboikot dan menentang konsert Rihanna diragui status agamanya!

Salah siapa ye???

Labels:

4 Comments:

Blogger Inia Lurun Sophie said...

memang pelik. zaman sekarang ni, bila kita tak minat 'entertainment' dikatakan kita 'kuno' lar.. itu lar.. ini lar...

ini lah salah satu cara Perang Pemikiran (Gahirul Fikri) Yahudi.. Sing... Akademi Fantasia lagi, OIAM lagi, Sehati bardansa tu, adess... semua peserta pun Muslim. Astagfirullah... si suami tu pun.. walau niat baik untuk dana persatuan pesakit2 malaysia. boleh la diberi penghargaan atas usaha membantu cari dana tu..

wallahualam bi shawab....
wslm.

February 2, 2009 at 2:28 PM  
Blogger geniusdaily said...

xleh diberi penghargaan langsung atas usaha tu..patut dihina..kita jgn terpedaya dan beriman dgn machevelli bapa sosialis..jgn tertipu dan berpegang pd madah 'tujuan menghalalkan cara'

February 2, 2009 at 5:17 PM  
Blogger Inia Lurun Sophie said...

inia luahkan beri 'penghargaan' tu kerana mereka ada usaha untuk membantu para pesakit sekalian, jadi at least dpt tanggung sedikit kepayahan pesakit. bukan kurang setuju dangan pendapat awak ya Genius, ttp inia lihat golongan-golongan 'beragama' ni; contohnya industri Nasyid tanah air sendiri pun tidak ada usaha begini. itulah mksd inia bolehlah di beri 'penghargaan' sikit kpd mrk atas usaha kutipan dana itu shj, dan bukn yg lain.

:)

February 2, 2009 at 9:50 PM  
Blogger geniusdaily said...

rasnya tak keterlaluan klu genius ckap yg objktf pertndingan diorang tu semata-mata utk kepentingan peribadi..klaulah mereka tu berniat baik umpama malaikat sekalipun,namun semuanya nothing bg ALLAH jika caranya salah dan menyimpang..

February 2, 2009 at 10:36 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home